fbp
WeirdKaya BM

“Jangan Viral!” – Netizen Bimbang Popia Beratur Makin Ramai Pelanggan.

Pekat dan berlemak! Popia Beratur bikin ketagih.

Popia adalah kuih yang menjadi kegemaran ramai masyarakat di Malaysia. Popia mudah didapati dimana-mana sahaja kerana ia sangat terkenal dan mudah disediakan. Popia terdiri daripada tiga bahan utama iaitu kulit, isi, dan sambal.

- Advertisements -

Popia Beratur! Gerai yang menjual popia ini berlokasi di Seksyen 7, Shah Alam dan dibuka setiap hari bermula jam 11 pagi hingga 6 petang.

- Advertisements -
@ezlokal.food Patutlah popia beratur, cheese fuh tak kedekut, bukan main kelangit tarik! Rangup dan sedap carbonara inside! #klfoodie #popiacarbonara #cheesetarik #popia #MYFoodie #foodexploration #fyp #makananviral #viral #shahalamfoodie #seksyen7 ♬ ku tak mahu cinta – Alif muhaimin

Popia yang dijual akan digoreng panas-panas setelah pelanggannya melakukan pesanan. Ini membuatkan popia menjadi lebih enak dan rangup. Terdapat beberapa jenis popia yang dijual dengan inti yang berlainan.

Popia Carbonara Cheese adalah menu wajib buat mereka yang suka akan tekstur rasa yang lebih creamy. Bukan itu sahaja, cheese tarik yang ada dalam popia pasti menjadikan satu pengalaman makan yang sangat berbeza.

- Advertisements -

Selain itu, ada juga Popia Carbonara biasa iaitu sesuai bagi mereka yang tidak gemar akan cheese. Popia Sayur pula tidak mengecewakan kerana menggunakan sayur-sayuran yang segar dan sambal pedas manis yang begitu istimewa.

Jangan lah viral.. nanti aku nak beli kena beratur🥺

Meninjau ke ruangan komen, warganet berasa bimbang kerana lokasi popia kegemaran mereka sudah diketahui umum dan ada juga yang memuji keenakan popia terbabit.


We are hiring writers!
We are hiring writers!