Makanan amat penting buat manusia kerana ia juga boleh mempengaruhi ‘mood’ seseorang agar berada dalam keadaan yang gembira. Lokasi dan ruang makan yang kondusif juga memberikan satu aura positif kepada diri untuk menikmati setiap hidangan dengan lebih menyelerakan.
Sarapan dan minum petang amat penting untuh tubuh bagi membekalkan tenaga yang cukup untuk menjalani aktiviti seharian. Terdapat pelbagai makanan boleh dijadikan sarapan pagi dan tidak semestinya nasi lemak mahupun roti canai.
@ezlokal.food Sedap giler cafe ni! Santai je and taufufah Mitai tu memang terbaik! #klfoodie #MYFoodie #foodexploration #fyp #makananviral #cafeselangor #taufufah #sungaibuloh ♬ Kiw Kiw Cukurukuk (elite version) – Skinny Fun
Ngopi dan Toast, kafe yang selesa sesuai untuk merasai hidangan sarapan pagi dan minum petang dengan rasa yang sedikit berbeza. Berlokasi di Saujana Utama, Sungai Buloh, kafe ini dibuka setiap hari bermula jam 8 pagi.
Taufufah Cream Mitai adalah menu pertama wajib cuba jika berkunjung ke sini. Rasa taufu yang sangat lembut memang cair di mulut. Teksturnya yang sangat lembut bersama gula mitai yang berlemak memang sangat lazat.
Burnt Pisang Kaya! Pencuci mulut yang sangat unik namun rasanya begitu enak. Aroma pisang salai yang begitu wangi ditambah dengan sos karamel yang sedikit manis memang satu permainan rasa yang sangat baik.
Eggs Benedict pula sesuai buat mereka yang ingin menikmati sarapan pagi dengan citarasa yang berbeza. Kombinasi telur dan ham bersama rempah ratus yang flavourful memang sempurna dinikmati bersama mash potato yang begitu lembut.
Oriental Chicken Chop, menu wajib cuba kerana disukai ramai. Ayam yang begitu juicy dan sangat lembut memang cukup menagihkan. Sos Blackpepper yang pekat didatangkan bersama roti memang betul-betul mengenyangkan.
Alah jangan viral, nanti penuh!
Menelusuri ke ruangan komen, warganet sedikit marah kerana kafe kegemaran mereka sudah dipenuhi pelanggan dan ada juga yang tidak sabar untuk merasai hidangan di kafe terbabit.