fbp
WeirdKaya BM

Jakim Sahkan Roti Ikhwan Tiada Sijil Halal, Tamat Sejak 7 Tahun Lalu.

Halal baru beli!

 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan projuk jenama Roti Ikhwan keluaran Global Ikhwan Utara yang tular kebelakangan ini tidak memiliki sijil halal yang sah. Jakim berkata, perkara itu melanggar Akta Perihal Dagangan 2011.

- Advertisements -

“Jakim mengambil perhatian serius terhadap pertanyaan yang diterima berkaitan produk jenama Roti Ikhwan keluaran Global Ikhwan Utara yang sedang tular ketika ini.

- Advertisements -

“Semakan melalui Portal Halal Malaysia mendapati, produk terbabit tidak memiliki sijil SPHM yang sah,” jelasnya.

Dalam pada itu, Jakim menjelaskan pihaknya sudah berhubung bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) serta Jabatan Agama Islam Negeri bagi mengambil tindakan penguatkuasaan segera.

- Advertisements -

Tambahnya lagi, jika terdapat berlaku penipuan logo atau sijil halal pada produk, pihak syarikat boleh dikenakan tindakan yang tegas.

“Aduan penyalahgunaan logo halal atau pemalsuan sijil pengesahan halal boleh di emel kepada pr_halal@islam.gov.my untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sumber: Harian Metro

.


We are hiring writers!
We are hiring writers!