Isteri kepada usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid menjadi perhatian apabila berkongsi gelagat lucu suaminya itu.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, memperlihatkan Shahida merakam momen pekerjanya sedang memotong pokok-pokok yang ditanam di hadapan kediaman mereka setelah mendapat arahan daripada usahawan terbabit untuk dijual.
Bagaimanapun, apa yang lebih lucu lagi adalah reaksi spontan daripada Shahida setelah mengetahui keratan pokok itu sebenarnya mahu dijual di media sosial.
“Aku ni sebenarnya geram tau, pagi tadi habis pokok-pokok aku dijual Aliff Syukri. Pokok depan rumah aku yang patut dibuang pun dia jual. Aku tak tahu lah, kalau dah Aliff Syukri tu.
“Yang korang beli pokok ni kenapa? Aku tak nak buka nursery pulak eh. Habis semua dia jual. Jual pokok pula. Kau tengok dia punya kedekut meniaga tak ada modal, pokok aku dia jual,” kata Shahida.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat aksi lucu pasangan suami isteri itu dan mendoakan agar mereka sentiasa dimurahkan rezeki.
Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih 485,000 tontonan dan menerima lebih 12,000 tanda suka.
Sumber: Instagram shahidadherbs
