fbp
- Advertisements -
WeirdKaya BM

Isteri Aliff Syukri Meniaga Usaha Sendiri, Anak Bonda Rozita Pertahan Kakak Ipar – “Tak Pinjam Duit Susahkan Orang”

Isteri kepada usahawan Datuk Aliff Syukri menjadi perhatian ramai apabila bertelagah bersama pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam.

Shahida atau nama lengkapnya Nur Shahida Mohd Rashid memuat naik satu hantaran di Instagram story mendedahkan kejayaan perniagaanya hari ini hasil kerja keras sendiri tanpa menyusahkan orang lain.

- Advertisements -
Isteri Aliff Syukri
“Hai saya mak cik, baru habis live.
“Alhamdulillah tiada pinjam-pinjam duit orang atau susahkan orang lain. Apa yang ada usaha sendiri tidak menumpang,” tulis Shahida baru-baru ini.

Dalam pada itu, perkongsian tersebut juga dimuat naik oleh anak Bonda Rozita iaitu Maryam Nur Imani menerusi tangkap layar di Instagram story bagi mempertahankan kakak iparnya itu.

Isteri Aliff Syukri
“Meletop, mantap Kak Ida. Hard working,” tulis Maryam.

Artikel lain: “Masa Miskin Tak Termimpi Dapat Kereta” – Aliff Syukri Hadiahkan Toyota Vellfire Buat Bonda Rozita.

Terdahulu, Rebecca menafikan dakwaan Shahida bahawa dia lebih sudu dari kuah apabila kerap memuat naik gambar kakak ipar barunya, Rozita Ibrahim biarpun sudah diberi peringatan tidak mendedahkannya kepada orang awam.

Sumber: Instgram maryamnuramani


We are hiring writers!
We are hiring writers!

Home > WeirdKaya BM > Isteri Aliff Syukri Meniaga Usaha Sendiri, Anak Bonda Rozita Pertahan Kakak Ipar – “Tak Pinjam Duit Susahkan Orang”