Pelakon Datin Intan Najuwa Abdul Wahid, 27, meluahkan rasa teruja apabila berpeluang merasai Pizza Mendonia milik usahawan, Cik Epal.
Memang sedap sangat

Menerusi perkongsian di Threads, Intan turut memberikan komen jujur terhadap makanan tersebut dan tidak menafikan tekstur rasanya begitu enak.
“Alhamdulillah, dah lama teringin!
“Rezeki hari ini. Terima kasih @ieffah.amrie kerana sudi selitkan saya dalam slot hari ini. Memang sedap sangat! Kami betul-betul menikmati pizza itu,” ciapan Intan, semalam.
Kongsi Intan lagi, piza itu turut dikongsi bersama pekerjanya dan berjanji akan memesan lagi makanan tersebut kerana kualiti rasanya yang cukup lazat.

“Walaupun kami sampai rumah lewat, piza masih lembut (lembut gila, tak liat langsung saya terkejut), sedap dan penuh dengan rasa.
“Sebenarnya saya pesan dua kotak untuk kongsi dengan para pembantu saya, tapi kami hanya sempat ambil satu. Tak apa, lain kali kita repeat lagi,” jelasnya.
Dalam pada itu, Cik Epal juga dilihat meninggalkan komen mengucapkan terima kasih atas review positif yang telah diberikan oleh pelakon berkenaan.

“Terima kasih support Datin Intan Najuwa,” komen Cik Epal
Artikel lain: Netizen Puji Sally Whoo, ‘Review’ Jujur Pizza Mendonia Milik Cik Epal – “Aku Bagi 7/10”
Terdahulu, Intan menuai perhatian ramai apabila menegaskan dirinya sentiasa berhati-hati sebelum membuat sebarang pembelian barangan daripada jenama yang diboikot.
Sumber: Threads intannajuwa
