WeirdKaya BM

Individu Dakwa Rembayung Masih Tiada Sijil Halal, Netizen Tampil Pertahan – “Baru Beroperasi, Mohon Sabar”

Tular di Threads, tindakan seorang pengguna media sosial yang mendakwa restoran Rembayung masih tidak mempunyai sijil halal terus menjadi perdebatan netizen di media sosial.

Bagaimanapun, perkara ini perlu difahami dan dinilai secara logik agar tidak menimbulkan salah faham dalam kalangan masyarakat.

Dari segi pemilikan, syarikat ini adalah 100 peratus milik Muslim, dengan pemegang saham terdiri daripada Khairul Amin sendiri.

Ahli lembaga pengarah (BOD) juga terdiri sepenuhnya daripada individu Muslim, sekali gus menafikan sebarang keraguan berhubung status pemilikan syarikat tersebut.

Difahamkan, hasil semakan di Portal JAKIM setakat ini menunjukkan tiada sijil halal dipaparkan. Namun, ia merupakan perkara biasa memandangkan restoran Rembayung baru memulakan operasi pada Januari 2026.

Menurut prosedur standard Skim Pensijilan Halal Malaysia (SPHM), sesebuah restoran perlu beroperasi sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum layak mengemukakan permohonan sijil halal.

Sehubungan itu, ketiadaan sijil halal pada peringkat awal operasi adalah perkara biasa dan dibenarkan, selagi tiada pelanggaran syarat syariah atau perundangan.

Sebagai pemilik yang dikenali dengan imej telus dan berprinsip, Khairul Aming berkemungkinan dalam proses melengkapkan keperluan dokumentasi dan operasi bagi tujuan permohonan sijil halal dalam masa terdekat.

Artikel lain: Pelanggan Kongsi Perhabis RM290 Makan Di Rembayung – “KA Dah Pesan Bukan Harga Marhaen”

Untuk rekod, Rembayung dimiliki oleh Rembayung Sdn Bhd, sebuah syarikat yang diperbadankan pada 5 November 2024, dengan alamat pendaftaran di Kota Bharu, Kelantan, manakala alamat perniagaan terletak di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Sumber: Threads jalancutisantai


We are hiring writers!
We are hiring writers!

Home > WeirdKaya BM > Individu Dakwa Rembayung Masih Tiada Sijil Halal, Netizen Tampil Pertahan – “Baru Beroperasi, Mohon Sabar”