fbp
WeirdKaya BM

Ibu Rela Datang Dari Jauh, Sambut Hari Jadi Anak Hingga Ke Tempat Kerja – “Hargai Selagi Ada”

Kasih seorang ibu terhadap setiap anak pasti tidak akan pernah berbelah bahagi dan masih tetap sama biarpun sudah menginjak dewasa.

Ibu sambut hari jadi anak tercinta

@irfxnk ibu rela datang jauh jauh semata nak sambut birthday dekat tempat kerja 😭 , terima kasih banyak” ibu telah melahirkan jebat dan membesarkan jebat🥹❤️ , semoga ibu selalu sihat murah rezeki dan panjang umur , semoga allah selalu lindungi ibu dimana pun jua ibu berada , iloveyou ibu 😭❤️ #mom #foryou ♬ original sound – ALIF FITRI

Baru-baru ini, tular di TikTok seorang ibu sanggup datang dari jauh demi menyambut hari kelahiran anak lelakinya biarpun berada di tempat kerja.

Ibu sambut hari jadi anak tercinta

Menerusi hantaran di TikTok, lelaki yang dikenali sebagai Jebat itu meluahkan rasa terharu dan bersyukur kerana ibunya sanggup datang dari jauh menyambut hari istimewa itu bersamanya.

“Ibu rela datang jauh-jauh semata nak sambut hari lahir dekat tempat kerja.
“Terima kasih banyak, ibu telah melahirkan dan membesarkan Jebat, semoga ibu sihat selaly dan panjang umur.
“Semoga Allah selalu lindungi ibu di mana ibu berada, saya sayang ibu,” kata Jebat di TikTok pada Sabtu.
Ibu sambut hari jadi anak tercinta

Dalam pada itu, Jebat dilihat menerima hadiah daripada ibu tercinta dan lebih terharu lagi apabila wanita itu mengusap lembut dahi dan rambut anak lelakinya itu.

Meninjau ke ruangan komen, warganet terharu melihat pengorbanan seorang ibu yang sentiasa menyangi anaknya dan mendoakan agar wanita itu sentiasa sihat serta dipanjangkan umur.

Malah ada juga wargamaya meluahkan rasa cemburu kerana tidak lagi mendapat kasih sayang seorang ibu dan menasihati agar anak lelaki itu menjaga dan mengahargai pengorabanan seorang wanita yang telah bertarung nyawa melahirkannya.

Kaya kasih sayang

Hargai ibu selagi ada

Ibu sambut hari jadi anak tercinta

Anak yang beruntung

Artikel lain: Kongsi Rezeki Dengan Anak Yatim, Gadis Sambut Hari Lahir Terima Pujian Warganet

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima sebanyak 404,000 tontonan dan lebih 64,000 tanda suka.

Sumber: TikTok irfxnk


We are hiring writers!
We are hiring writers!

Home > WeirdKaya BM > Ibu Rela Datang Dari Jauh, Sambut Hari Jadi Anak Hingga Ke Tempat Kerja – “Hargai Selagi Ada”