Dalam dunia yang sering menilai status berdasarkan pekerjaan dan harta, kisah seorang pelajar meraikan ulang tahun ibunya yang bekerja di kantin sekolah menjadi membuka mata orang ramai bukan kerana kemewahan, tetapi kerana kasih yang ikhlas.

Menerusi perkongsian di TikTok, memaparkan seorang remaja membuat kejutan untuk ibunya yang turut bekerja sebagai pembantu di kantin sekolah menuai rasa sebak warganet.
@.yo11_ happy birthday cinta pertama 🫶🏻#fyp #sayangmama ♬ suara asli – 𝟑𝟎𝟑 𝐅𝐚𝐧𝐧 – 𝟑𝟎𝟑 𝐅𝐚𝐧𝐧.
“Happy birthday, cinta pertama,” tulis remaja itu.
Anak lelaki itu turut menerima pujian apabila memberitahu tidak pernah berasa malu mempunyai seorang ibu yang hanya bekerja di kantin sekolah.
“Kenapa nak rasa malu, itu kan mak,” jelasnya.

Dalam perkongsian sama, dilihat ibunya turut berasa sebak dan sempat mencium lembut pipi anaknya setelah menerima kejutan istimewa itu.
Perkongsian tersebut telah mengundang pelbagai reaksi positif warganet dan rata-ratanya mendoakan agar remaja itu menjadi anak yang soleh dan dapat membanggakan keluarga.
Sikitpun takde rasa malu

Moga jadi anak soleh

Banggakan mak ya

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.2 juta tontonan dan menerima lebih 196,000 tanda suka.
Sumber: TikTok @.yo11_
