fbp
WeirdKaya BM

“Hati Kena Kental” -Peniaga Reda Berdepan Pelbagai Ujian Demi Sesuap Nasi.

Boleh buat punya :)

Baru-baru ini tular satu perkongsian di Facebook, seorang pemuda menceritakan pengalamannya yang terpaksa bekerja lebih waktu demi mencari rezeki yang halal.

- Advertisements -

Menerusi hantaran yang dibuat oleh Ibnu di Facebook miliknya, dia memberitahu bahawa berniaga bukan suatu pekerjaan yang mudah namun selagi ada usaha dan minat pasti segalanya dapat diselesaikan dengan baik.

- Advertisements -

“Dulu aku berhenti kerja sebab nak berniaga.

“Kononnya, malas nak masuk office dari jam lapan pagi sampai lima petang.

- Advertisements -

“Alhamdulillah, Allah makbulkan doa aku dah tak masuk office lapan pagi hingga lima petang. Cumanya sekarang aku kena masuk, kerja tujuh pagi hingga sepuluh malam,” tulis Ibnu di ruangan kapsyen.

Customer tu umpama bos. Ada masanya customer pun ada marah-marah juga. Hati kena kental. Layan mana mampu demi barang jualan laku, dan selalu berdoa agar dapat customer yang baik hati.

Dalam pada itu, hantaran tersebut dibanjiri pelbagai komen dan ada juga segelintir peniaga lain yang menzahirkan rasa sedih mereka tatkala berdepan pelbagai ujian sewaktu berniaga. Dicaci serta dimaki adalah perkara biasa bagi mereka dan terpaksa akur demi memastikan barang jual dibeli agar tidak menanggung kerugian.


We are hiring writers!
We are hiring writers!