fbp
WeirdKaya BM

Hari Lahir Anak, Fazura Titip Ucapan Buat Fatima Sentuh Hati Peminat – “Mommy Sentiasa Ada Susah & Senang”

Kasih seorang ibu.

Baru sahaja terpalit akan isu keretakan rumah tangga, Fazura sekali lagi menjadi perhatian warganet setelah menitip sebuah ucapan sempena ulang tahun kelahiran ke-4 anak tercinta, Nur Fatima Aisya.

- Advertisements -

Menerusi hantaran di Instagram miliknya, Faz memberitahu bahawa Fatima seorang anak yang kuat serta berjiwa besar dan mengakui doa buat anak perempuannya itu tidak akan pernah terputus.

- Advertisements -

“Fatima sayang, Mommy telah mendoakanmu sebelum awak lahir dan saya akan terus mendoakan sepanjang hayat. Fatima anak yang baik. Bukan sahaja mempunyai hati yang besar, kamu luar biasa kuat, tabah dan berdiri teguh pada apa yang anda mahu.

“Kamu selalu mengambil berat dan penuh empati terhadap semua orang yang temui terutamanya Mommy sebagai ibu,” ucap Faz.

- Advertisements -

Dalam pada itu, Fazura memohon maaf kepada puterinya kerana tidak dapat mengadakan sambutan ulang tahun secara besar-besaran dan berharap Fatima menjadi seorang anak yang sentiasa bersyukur.

“Walaupun tahun ini mommy tak dapat throw you the biggest private parties like I have in the past, tetapi yakinlah bahawa Mommy menyayangi awak lebih daripada yang boleh digambarkan dengan kata-kata.

“Bersyukur sentiasa wahai anakku sayang di dalam apa saja keadaan dan selalulah berterima kasih kepada Allah dan hargai semua orang yang menyayangimu,” tulisnya.

Sementara itu, Fazura juga mendoakan agar anaknya sentiasa berada dalam jagaan sang pencipta dan sentiasa dijauhi daripada manusia yang bernafsu syaitan.


We are hiring writers!
We are hiring writers!