fbp
WeirdKaya BM

Hari Bahagia Bertukar Air Mata, Ibu Dedah Bakal Menantu Batal Nikah Saat Akhir… Anak Lelaki Akui Punca Orang Ketiga!

Besar ujian mereka.

Baru-baru ini tular sebuah cerita menjentik hati seluruh rakyat Malaysia apabila seorang ibu mendedahkan majlis pernikahan anak lelakinya tidak kesampaian kerana bakal menantunya membatalkan pernikahan pada saat akhir.

- Advertisements -

Susulan daripada itu, majlis tersebut tetap diteruskan namun ia tidak diraikan sebagai majlis pernikahan tetapi hanya kenduri doa selamat.

- Advertisements -
@demflacco Replying to @ᵏᵉᶜⁱᵏ ♬ original sound – DemFlacco🎡
@ibumateenanaqi Replying to @Diana.Azmi ♬ original sound – ibumateenanaqi

“Dengan berat hati saya dan keluarga ingin memberitahu, di atas sebab-sebab tertentu… pengantin perempuan telah membatalkan majlis perkahwinan ini pada saat akhir’, ucap ibu pengantin.

Dalam pada itu, pengantin lelaki yang dikenali sebagai Adam mendedahkan majlis pernikahannya dibatalkan akibat kehadiran orang ketiga dan pembatalan majlis tersebut sudah diketahui pada awal September lalu.

- Advertisements -
@naddabdullah02 Semoga ada sinar Dan lebih Indah buat family ni.. Kesian tgk mak dia 😢❤️❤️#kawenviral #fyp #adamdankhatijah#support ♬ original sound – 🌹🕊️🌾 N A D D🕊️ 🌾🌹

“Perkara ini berlaku akibat orang ketiga, rakan sekerja dia sendiri. Tetapi bila pertama kali saya dapat tahu, saya maafkan dan tetap mahu meneruskan perkahwinan.

“Selepas ini kalau ada orang nak cakap tak jadi kahwin pasal badan ke apa, saya tak kisah. Benda ini semua tak kekal,” ucapnya di sesi Live TikTok.

Adam berkata, pihak dewan memaklumkan sendiri kepadanya akan pembatalan majlis tersebut setelah ayah kepada bekas pasangannya itu menghubungi pihak dewan dan juru nikah untuk membatalkan majlis pernikahannya.

“Dewan nikah bagitahu, ayah dia sendiri dah hubungi dewan dan juru nikah untuk batalkan majlis.

“Berkenaan sama ada pihak kami akan saman atau tidak, saya minta maaf saya tidak akan cerita mengenai perkara itu,” ucapnya lagi.

- Advertisements -

Bagaimanapun, ibu Adam sudah reda dengan apa yang sudah terjadi biarlah ia berlaku dan memohon agar warganet tidak membuat sebarang spekulasi mengenai perkara yang telah berlaku kepada keluarganya.

“Pengganti untuk Adam itu, pasti ada. Tapi untuk masa ini, saya rasa lebih baik untuk Adam tumpukan pada kerja, cari duit beli rumah, beli kereta dan paling penting berbakti dulu kepada ibu dan adik dia.

“Live ini bukan bertujuan untuk memalukan atau mengaibkan sesiapa, anak saya pun ada buat salah, begitu juga di sana,” katanya.

- Advertisements -

Sehingga kini, beberapa hantaran yang di muat naik Adam di TikTok telah sebanyak 1 Juta hingga 5 Juta jumlah tontonan.

- Advertisements -

We are hiring writers!
We are hiring writers!