fbp
WeirdKaya BM

“Harga Tak Mahal, Kita Je Tiada Duit” – Kentang Goreng RM19 Buat Netizen Terkejut, Kira Berapa Batang Yang Ada.

Berbaloi kot :)

Kentang goreng merupakan makanan yang disukai oleh pelbagai jenis lapisan umur. Hal ini kerana teksturnya yang lembut dan mudah didapati.

- Advertisements -

Baru-baru ini tular di TikTok, seorang peniaga menjual kentang goreng dengan harga yang dikatakan terlalu mahal iaitu RM16 dan RM19 dengan kuantiti yang sedikit.

- Advertisements -

Tidak mahu perkara ini berpanjangan, pemilik perniagaan tersebut yang dikenali sebagai Vokey tampil memberi penjelasan rentetan harga makanan jualannya yang dianggap tidak masuk akal.

@keytatoes Yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari kami 🤍 #keytatoes #keytatoespremiumlongfries ♬ original sound – Keytatoes

“Assalamualaikum, disebabkan ramai yang komen dan mention dekat video tentang keytatoes ni, satu yang saya perasan, tiada satu pun yang komen pasal rasa, semua pasal harga.

- Advertisements -

“Ada satu video, dia komen ada berapa batang je. Sebenarnya kita buat 12 batang. Dia tak nampak banyak sebab mungkin ada patah, itu kesilapan dari pihak kami.

“Orang cakap kita punya portion sikit, kalau topping sikit jangan menipulah, topping kita memang banyak, tak pernah lagi sikit. Kalau sikit, korang minta dekat staf,” kata Vockey.

Dalam pada itu, Vockey juga berpendapat kentang goreng jualannya lebih murah berbanding di Thailand dan pelanggan tidak perlu mengeluarkan sejumlah wang yang banyak untuk merasai kentang goreng di sana.

Ada berapa batang je tu hahahahaha.

Meninjau ke ruangan komen, warganet memuji keenakan Keytatoes dan ada juga yang berseloroh berpendapat peniaga tersebut hanya perlu fokus bernain permainan mudah alih sahaja (Mobile Legends: Bang Bang).


We are hiring writers!
We are hiring writers!