Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban merupakan sambutan terbesar disambut oleh umat Islam yang mengajar setiap hambanya erti pengorbanan dan keimanan sebenar.
Baru-baru ini, tular di media sosial seekor lembu menitiskan air mata setelah dipercayai akan dijadikan haiwan korban sempena sambutan Aidiladha.
Haiwan korban menangis
@chemat338 Semoga Kita berjumpa Lagi 😭 #aidiladha2025🕌🕋 #aidiladha #harirayakorban #lembukorban2025🐂 ♬ suara asli – A.A.N – template.ku
Menerusi hantaran di TikTok @chemat338, memaparkan penternak lembu tersebut datang menghampiri haiwan korban itu mengusap lembut bahagian kepalanya mengundang lagi rasa sebak dalam kalangan warganet.
“Semoga kita berjumpa lagi,” tulis penternak itu di ruangan kapsyen.
Bukan itu sahaja, momen sedih itu memperlihatkan pengorbanan manusia untuk melepaskan sesuatu yang mereka sayang demi mendapat syafaat dan keberkatan daripada-Nya.

Meninjau ke ruangan komen, warganet turut mengalirkan air mata merasai pengorbanan yang telah dilakukan oleh lelaki tersebut untuk melaksanakan amalan sunat yang dianjurkan di dalam Islam itu.
Malah ada juga wargamaya berpendapat haiwan itu menitiskan air mata sebagai bukti pengabdiannya kepada Allah dan yang sedang dilalui olehnya dan mengajar manusia apa itu erti reda yang sebenar.
Bukti pengabdian kepada Allah

Menangis melihat syurga

Air mata gembira

Artikel lain: Umat Islam Di Malaysia Sambut Hari Raya Esok
Setakat artikel ini ditulis, video terbabit telah menerima sebanyak lebih 700,000 tontonan dan menerima lebih 35,000 tanda suka.
Sumber: TikTok Chemat
