fbp
WeirdKaya BM

Terima Banyak Hadiah Coklat, Haroqs Pilih Sumbangkan Semula Buat Anak Yatim

Aktivis kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) iaitu Muhammad Hareez Adzrami atau Haroqs menjadi sorotan publik apabila memberikan hadiah coklat yang diterimanya kepada anak-anak yatim.

Sumbang semula buat anak yatim

Haroqs Sumbang semula buat anak yatim

Menerusi hantaran di TikTok, Haroqs memohon maaf jikalau tindakan itu mengecewakan sesetengah pihak dan menganggap coklat itu lebih baik diberikan kepada mereka yang lebih memerlukan.

@haroqscrazy

Terima Kasih rakyat Malaysia one day kita bawak coklat banyak sama sama ke sana okay

♬ Usik – Feby Putri
“Assalamualaikum semua, saya nak minta maaf sebab kepada yang bagi coklat dekat saya hari tu saya dah sumbangkan kepada anak-anak yatim sebab saya rasa mereka lebih memerlukan,” katanya di TikTok.

Peserta termuda GSF itu turut menjelaskan tidak tenang menerima hadiah coklat terlalu banyak sedangkan misinya untuk memberi coklat buat kanak-kanak di Gaza, Palestin tidak kesampaian.

“Saya tak rasa tenang bila dapat coklat-coklat begitu banyak. Sepatutnya coklat tu kita bawa buat anak-anak Gaza tapi kita tiada rezeki nak hantar dekat anak-anak kat sana.
“Saya cuma mampu berdoa suatu hari nanti saya dapat bawa coklat yang banyak untuk mereka dan buat sementara waktu ini apa saya boleh buat hanyalah saya berikan kepada yang memerlukan,” jelasnya.

Berkongsi lanjut, Haroqs turut mengingatkan untuk orang ramai terus menyuarakan isu Palestin dan berdoa agar mereka dibebaskan daripada cengkaman zionis Israel.

“Jangan lupa terus cakap pasal Palestin, ada ramai lagi kawan-kawan kita yang tengah berjuang, ada ramai lagi yang dekat penjara jadi kita kena terus berdoa supaya mereka dapat dibebaskan dengan keadaan selamat,” tambahnya lagi.

Artikel lain: Mereka Boleh Rampas Apa Kita Ada, Tapi Tak Boleh Rampas Apa Yang Allah Ada – Haroqs

Terdahulu, aktivis itu mendapat liputan meluas berkenaan hasratnya untuk memberikan coklat buat anak-anak Gaza namun impian itu tidak tercapai apabila dia ditahan oleh tentera Israel.

Sumber: TikTok Haroqs


We are hiring writers!
We are hiring writers!

Home > WeirdKaya BM > Terima Banyak Hadiah Coklat, Haroqs Pilih Sumbangkan Semula Buat Anak Yatim