fbp
WeirdKaya BM

Guna 5 Kilogram Strawberi Import, Kek Kahwin Sean Lee & Bay Doucet Raih Perhatian Warganet!

Yes & Amen

Sah bergelar suami isteri minggu lalu, perkahwinan pelakon dan penagacara terkenal Sean Lee dan pasangan, Bay Doucet sempat mencuri perhatian netizen.

- Advertisements -

Bukan itu sahaja, antara yang menjadi bualan ramai ialah kek perkahwinan mereka yang terlihat sedikit berbeza tidak seperti kebiasaan kek yang terdapat di majlis perkahwinan.

- Advertisements -

Menerusi hantaran di platform X yang dikenali sebagai Shazwan_r, kek berukuran besar dan dihiasi dengan buah strawberi segar itu berharga sekitar RM2,500 termasuk dengan caj penghantaran.

Memetik laporan dari Astro Gempak, pada awalnya Shazwan tidak mengetahui kek tersebut dipesan oleh pasangan pengantin terbabit.

- Advertisements -

“Wakil dari KAMI Weddings menghubungi kami mengenai kek ini sebab kita pernah buat kek yang sama sekitar Mac lalu.

“Kek-kek yang kami buat mengikut standard saiz designer cake. Kita tak pernah buat kek bersaiz besar dan itu semestinya memberikan cabaran buat kami,” kata Shazwan.

Selain itu, kek tersebut telah menggunakan sebanyak dua kotak strawberi import dari Amerika Syarikat yang dijangkakan beratnya hampir 5 kilogram bagi memenuhi permukaan kek tersebut.

“Harga kek seperti kek perkahwinan Sean Lee itu adalah RM2500 termasuk penghantaran sekitar Lembah Klang,” Ucapnya lagi.

Terdahulu, Sean mengejutkan para peminat apabila memuat naik satu hantaran gambar hari bahagianya dengan seorang pempengaruh dan model jelita yang dikenali sebagai Bay Doucet.

Bekas pengacara I Can See Your Voice musim kelima itu turut memuat naik kapsyen ringkas dalam bahasa Inggeris ‘‘yes & amen’ dan ‘too cute to gatekeep’ beserta gambar mereka mengenakan busana sedondon berwarna putih.

- Advertisements -

Sumber: Gempak


We are hiring writers!
We are hiring writers!