fbp
WeirdKaya BM

Gigih Cari Rezeki, Gadis Sebak Kongsi Kisah Disebalik Siput Sedut Race Tuai Air Mata.

Orang baik Allah sayang.

Baru-baru ini tular di TikTok, seorang lelaki mesra dikenali sebagai Tansri_ash aktif melakukan live perlumbaan siput sedut di TikTok.

- Advertisements -

Bukan itu sahaja, sesi siaran langsung tersebut sering dibanjiri oleh wargamaya yang terhibur melihat siput-siput berlumba sehingga lewat malam.

- Advertisements -

Menerusi hantaran yang dimuatnaik oleh @amyna.attire di TikTok, memaparkan satu tangkap layar menceritakan perjalanan kisah Tansri_ash yang sebelum ini sukar dan gigih dalam mencari rezeki.

Gigih cari rezeki, gadis sebak kongsi kisah disebalik siput sedut race tuai air mata. | weirdkaya

“Disebalik kisah siput sedut race.

- Advertisements -

“Semalam view dia 30k, tap tap pun sampai 5M lebih, daily ranking No 1. Saya dengar kisah dia di radio macam mana boleh tiba-tiba hype pasal siput sedut race dia ni.
Semuanya berlaku tanpa dirancang.

“Orang kata kebetulan tapi sebenarnya takdir Allah. Dia memang buat live hampir setiap hari berjualan macam-macam produk. Biasa view dia 4-5 orang ja tapi dia tetap teruskan.
Beberapa hari lepas, tengah dia live tu ada orang datang, mintak tolong dia beli siput sedut. Dia pun tak tahu nak buat apa siput tu tapi sebab nak tolong orang tu dia pun beli jelah.

“Lepas tu dia letak siput tu kat meja sebab dia nak sambung live. Tapi dia lupa nak ikat plastik tu, viewer yang nampak siput tu merayap sana sini pun komen “bang, siput nak jatuh” “bang, siput menyorok, bang, siput nak lari.” Dia ambiklah siput-siput tu letak atas meja. Sekali yang duk atas meja tu bergerak-gerak macam tengah berlumba pulak. Viewer dia yang setia rancak komen pasal siput berbanding barang yang dia jual.

“Maka, jadi lah siput sedut race. Gift yang dapat cecah beratus ribu setiap kali live.. asbab dari tolong seorang hamba Allah, mencurah rezeki buat dia,” kongsi tangkap layar yang dibuat oleh amyna.

Kadang rezeki ni kita tidak tahu dia nak datang dalam bentuk macam mana. Dengan siput sedut je Allah hantar rezeki kat dia, subhanallah.

Gigih cari rezeki, gadis sebak kongsi kisah disebalik siput sedut race tuai air mata. | weirdkaya
Gigih cari rezeki, gadis sebak kongsi kisah disebalik siput sedut race tuai air mata. | weirdkaya

Menjengah ke ruangan komen, wargamaya sebak membaca kisah perjalanan pemuda tersebut dan mendoakan agar dia terus diberikan kesihatan yang baik serta rezeki yang melimpah ruah.


- Advertisements -

We are hiring writers!
We are hiring writers!