fbp
WeirdKaya BM

Gemar Bawa Bekal, Sherry Ibrahim Imbau Pengalaman Kerja Jadi Pramugari – “Saya Tak Liar, Tak Pergi Club & Tak Buat Benda Terlarang”

Wanita idaman ni!

Pelakon Sherry Ibrahim meraih perhatian warganet kerana menceritakan pengalamannya sewaktu bekerja sebagai pramugari di sebuah syarikat penerbangan pada suatu ketika dahulu.

- Advertisements -

Pelantun lagu Seikhlas Cinta ini juga mengakui lebih memilih kehidupan sebelum bergelar anak seni kerana lebih bebas dan tidak menjadi tumpuan orang ramai.

- Advertisements -
@astrogempak #GempakNews ♬ original sound – Gempak

“Keluar macam bercinta pegang-pegang tangan daripada dulu memang tiada, tak pernah rasa perkara sebegitu sejak jadi artis.

“Saya suka kehidupan sebagai pramugari, boleh buat apa yang saya ingin lakukan tapi saya bukan jenis yang liar. Saya tak pernah pergi kelab dan tak buat benda-benda terlarang,” ujarnya di TikTok

- Advertisements -

Dalam pada itu, Sherry juga menyifatkan dirinya sebagai seorang yang innocent kerana tidak terlalu bersosial.

“Saya memang innocent yang kalau terbang hanya duduk hotel.

“Kalau seminggu di Paris, saya pergi shopping balik bilik tidur, tengok televisyen, dan makan sama-sama dengan kru kalau kami bawa bekal. Saya ada kehidupan itu dulu,” jelas Sherry.

Sherry ni memang tiada isu buat hal pun… memang dia baik orangnya.

Gemar bawa bekal, sherry ibrahim imbau pengalaman kerja jadi pramugari -
Gemar bawa bekal, sherry ibrahim imbau pengalaman kerja jadi pramugari -

Meninjau ke ruangan komen, warganet memuji Sherry sebagai seorang muslim yang baik dan ada juga segelintir netizen yang tidak bersetuju dengan mengecam tindakan pelakon terbabit seperti hanya memuji diri sendiri.

Untuk info, Sherry Ibrahim merupakan bekas pramugari yang pernah berkhidmat bersama MAS Airlines dan Qatar Airways sebelum melibatkan diri sebagai anak seni pada sekitar tahun 2006.


We are hiring writers!
We are hiring writers!