fbp
WeirdKaya BM

Gagal Tahan Sebak, Guru Besar Menangis Terima Hadiah Mempelam Ketika Majlis Perpisahan.

Mahalnya sebuah kasih sayang.

Seorang mantan guru besar menitiskan air mata setelah gagal menahan sebak ketika menerima hadiah beberapa biji mempelam daripada seorang anak murid yang baru sahaja kematian bapanya.

- Advertisements -

Menerusi hantaran di TikTok zamrimatkl, pelajar tersebut merupakan murid tahun enam berasal daripada keluarga yang kurang berkemampuan dan banyak dibantu oleh mantan guru besarnya itu.

- Advertisements -
@zamrimatkl Juraian airmata menjadi saksi kasih seorang mantan Guru Besar dan perasaan sayang dari anak² SK Seberang Marang yang dipupuk sepanjang 6tahun perkhidmatan,mengiringi hari perpisahan di dewan yang mulia D'Sbrang pada tanggal 7 Ogos 2024 Kisah seorang anak yatim begitu menyentuh hati dengan memberikan hadiah perpisahan beberapa biji buah mempelam (seadanya) kerana dia tahu itulah buah kegemaran mantan guru besar yang disayangi… #perkongsiannilaikasihsayang ♬ Pelangi Petang – Dato' Sudirman

Perkongsian tersebut lebih menyentuh hati tatkala mereka berdua menangis saling berpelukan sewaktu majlis perpisahan guru besar terbabit.

“Juraian air mata jadi saksi seorang mantan guru besar dan rasa sayang dari anak-anak SK Seberang Marang yang dipupuk sepanjang enam tahun berkhidmat.

- Advertisements -

“Kisah seorang anak yatim begitu menyentuh hati dengan memberikan hadiah perpisahan beberapa biji buah mempelam (seadanya) kerana dia tahu itulah buah kegemaran mantan guru besar yang disayangi,” kata Zamri dalam ruangan kapsyen.

Jatuh air mata guru besar, kawan baik saya tu. Guru yang prihatin sangat-sangat.

Gagal tahan sebak, guru besar menangis terima hadiah mempelam ketika majlis perpisahan. | weirdkaya
Gagal tahan sebak, guru besar menangis terima hadiah mempelam ketika majlis perpisahan. | weirdkaya

Menelusuri ke ruangan komen, warganet terharu melihat hubungan diantara guru besar itu bersama pelajarnya dan mendoakan agar mereka berdua diberikan kesejahteraan hidup yang berpanjangan.


We are hiring writers!
We are hiring writers!