fbp
WeirdKaya BM

Fattah Amin Puji Mi Segera Amira Othman, Dedah Isteri Pandai Memasak

Pelakon kacak Fattah Amin meraih perhatian ramai apabila mengakui isterinya, penyanyi Amira Othman pandai memasak dan mahir melakukan kerja-kerja di dapur.

Isteri pandai masak

Menerusi hantaran di Facebook, Fattah Amin atau nama lengkapnya, Abdul Fattah Mohd Amin menceritakan Amira pernah menyediakan mi segera bersama pelbagai macam bahan biarpun ia hanya hidangan ringkas.

“ Mira pandai masak, dia pernah masakkan untuk saya mi segera tapi meriah dengan macam-macam bahan.

“Dalam mi ada sotong, ikan, sayur, telur, dan macam-macam. Dekat situ saya terfikir kalau masak mi segera je dah macam tu apatah lagi masak yang lain, rupanya betul tekaan saya,”  kata Fattah, baru-baru ini.

Bagaimanapun, Amira menjelaskan makanan itu merupakan resepi daripada ibunya dan  memberitahu bahawa dirinya lebih gemar memasak makanan barat kerana lebih ringkas dan mudah.

“Mi segera tu resepi mama, tapi tu memang senang nak masak.

Saya suka masak western food kerana lebih senang sebab kalau masakan Melayu ni senang juga cuma saya jenis letak bawang banyak jadi rencah-rencah tu jadi makin bertambah,”  balas Amira

Dalam pada itu, Fattah dan Amira mendedahkan mereka memilih untuk bercinta selepas nikah setelah disoal siapa terlebih dahulu yang meluahkan perasaan.

Kita tiada nak confess dan propose semua ni, sebab kami pun dah tua. Tiada cinta-cinta, kahwin terus.”  jelas mereka.

Untuk rekod, Fattah sah bergelar suami kepada Amira selepas diijabkabulkan dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Golden Palm Tree Malaysia, Sepang, Selangor pada malam Ahad.

Sumber: Facebook Kekna Shanana Home Decor


We are hiring writers!
We are hiring writers!

Home > WeirdKaya BM > Fattah Amin Puji Mi Segera Amira Othman, Dedah Isteri Pandai Memasak