fbp
WeirdKaya BM

Fattah Amin Masih Sarung Cincin Kahwin, Netizen Sebak Dakwa Masih Sayang Bekas Isteri.

Hanya dia yang tahu & rasa

Baru-baru ini, isu keretakan rumah tangga di antara pelakon kacak Fattah Amin dan aktres Fazura kini menemui titik noktahnya apabila mereka berdua telah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

- Advertisements -

Biarpun bahtera perkahwinan mereka hanya bertahan selama tujuh tahun sahaja namun aktor filem Mat Kilau itu mengakui masih menyayangi perkahwinan yang telah mereka bina bersama.

- Advertisements -
@aroistreetmart betul ke tak ni #aroistreetmart #fattahamin #fyp #viralvideo ♬ bunyi asal – takdir & waktu

Menerusi hantaran di TikTok @aroistreetmart, Fattah menjamu nasi kerabu dan apa yang mencuri perhatian warganet ialah cincin perkahwinan yang masih disarungkan di jari manisnya biarpun sudah berpisah.

Lelaki kalau masih pakai cincin kahwin tu bermakna dia masih sayangkan isteri dan perkahwinan itu. Kalau tak sayang dah lama dia tak pakai kecuali hilang.

Fattah amin masih sarung cincin kahwin, netizen sebak dakwa masih sayang bekas isteri. | weirdkaya
Fattah amin masih sarung cincin kahwin, netizen sebak dakwa masih sayang bekas isteri. | weirdkaya

Menelusuri ke ruangan komen, warganet mendakwa cincin tersebut merupakan cincin perkahwinannya bersama Fazura dan ada juga yang berpendapat pelakon itu masih menyayangi bekas isterinya itu.

- Advertisements -

Untuk info, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima yang kini berusia 4 tahun. Pada 13 September lalu, Fazura telah memfailkan permohonan cerai terhadap Fattah Amin di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.


We are hiring writers!
We are hiring writers!