Pakar motivasi, Datuk Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah mengundang sebak netizen apabila tular sebuah video beliau menyuap makanan kepada sepuluh adik-beradiknya.
Fadzilah Kamsah suapkan makanan
@zakiahkamsah2 #AnakanakHjKamsahHjhAishah #10dari12beradik #sayangsampaisyurga #bahagiacarakita💞 ♬ original sound – zakiahkamsah
Menerusi perkongsian di TikTok dipercayai adik kepada Fadzilah iaitu Zakiah Kamsah, memaparkan mereka sekeluarga duduk di atas kerusi berbaris menunggu giliran untuk disuapkan pulut kuning dalam sebuah majlis perkahwinan.
Fadzilah yang berbaju Melayu bewarna biru dilihat gagal menahan air mata ketika menyuap makanan itu buat adik beradiknya seorang demi seorang.

Dalam pada itu, mereka sekeluarga juga dilihat saling berpelukan dan mengucup lembut sebagai tanda kasih sayang sebuah keluarga.
Meninjau ke ruangan komen, wargamaya sebak melihat momen itu dan mendoakan agar hubungan keluarga ini terus dilindugi tuhan serta berkasih sayang hingga ke syurga.
Malah ada juga warganet berharap diberikan keluarga yang bahagia seperti Fadhilah dan meningatkan agar tidak memutuskan hubungan antara adik beradik kerana lahirnya dari rahim yang sama.
Adik beradik penyayang

Moga dihimpunkan semula di syurga

Sayang hingga hujung nyawa

Artikel lain: Sambut Hari Keluarga Bersama, 11 Beradik Gagal Tahan Air Mata Disuap Kek Oleh Ibu Tercinta.
Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima 1.7 juta tontonan dan lebih 76,000 tanda suka.
Sumber: TikTok zakiahkamsah
