fbp
WeirdKaya BM

Eksperimentasi Tema Moroccan, KPSK UiTM Suntik Konsep Rejuvenasi Dalam Jiwa.

Rejuvenasi jiwa, pengukuhan manhaj.

UiTM Puncak Perdana sekali lagi melakar sejarah dengan penganjuran GEMPITA yang membawa objektif baharu iaitu menjana minda, merejuvenasi jiwa, merevolusi wadah pemikiran, dan melatih kepimpinan agar terus istiqamah menuju reda Allah.

- Advertisements -

Melibatkan pelajar tahun dua semester empat dari Pengajian Seni Liberal, Pengurusan Industri Kreatif iaitu Produksi Meraki memulakan gig GEMPITA bertemakan ala-ala Morocco berserta slogan Rejuvenasi Jiwa, Pengukuhan Manhaj pada 26 hingga 29 Jun 2024 yang lalu di Laman Seni, UiTM Puncak Perdana.

- Advertisements -
Eksperimentasi tema moroccan, kpsk uitm suntik konsep rejuvenasi dalam jiwa. | weirdkaya

Menurut Ketua Pengajian Seni Liberal, Dr. Ahmad Kamal Basyah Sallehuddin, tema GEMPITA kali ini dianggap berani kerana bersifat religi dan menerima suntikan elemen seni di dalamnya.

“Tema keagamaan sering dilakukan namun apabila berkait bersama seni ia menjadi suatu perkara yang sukar.

- Advertisements -

“Kesukaran inilah yang perlu dilazimkan dalam kalangan pelajar sebagai persediaan mereka sebelum melangkahkan kaki untuk menjalankan latihan Industri (WBL). Pengajian Seni Liberal sentiasa terbuka untuk pelajar bereksperimentasi bagi menggalakkan pemikiran kreatif dan kritis.

“Kita mahu melahirkan pelajar yang versatile dan tidak hanya mengharapkan kualiti akademik dari segulung ijazah semata-mata tetapi kualiti pelajar yang mampu mengisi tuntutan atau lompong-lompong kosong di tengah kemelut kehidupan yang sentiasa berkesinambungan ini,” katanya.

Manakala bagi penasihat projek GEMPITA, Puan Duratul Ain Dorothy Jonathan Linggang, menerangkan bahawa program ini memainkan peranan penting dalam penjenamaan semula Pengurusan Industri Kreatif bagi menyemarakkan semangat para pelajar.

“Di bawah projek ini, pelajar berpeluang untuk mengaplikasikan teori yang mereka pelajari secara langsung. Mereka boleh menzahirkan kreativiti mereka dalam melaksanakan projek yang telah diberikan melalui platform yang disediakan.

“Inisiatif ini berfungsi sebagai latihan dan peluang yang tidak ternilai untuk pelajar mempamerkan kebolehan mereka kepada khalayak yang lebih luas, selain membentuk dan menanda aras diri mereka semasa menguruskan acara ini,” jelas Duratul.

Eksperimentasi tema moroccan, kpsk uitm suntik konsep rejuvenasi dalam jiwa. | weirdkaya

Untuk rekod, Kolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK) akan terus berusaha dalam memastikan penghasilan graduan seimbang yang kompetitif di peringkat nasional dan global serta memperkasa jaringan strategik dengan alumni dalam memastikan kelestarian kualiti graduan KPSK, sejajar dengan Pelan Strategik UiTM 2025 ke arah Globally Renowned University 2025.

- Advertisements -

We are hiring writers!
We are hiring writers!