fbp
WeirdKaya BM

Dumpling Sedap Di Sungai Buloh! Netizen Tak Keruan Tanya Lokasi?

Sedap, memang tak rilek!

Dumpling adalah makanan berasal dari Tiongkok, China. Dumpling juga merupakan salah satu jenis dimsum yang cukup terkenal di pelusuk dunia. Dumpling dijadikan makanan wajib untuk meraikan sebarang hari perayaan dan dihasilkan semenjak 1700 tahun yang lalu.

- Advertisements -

Di negara China, makanan ini dikenali sebagai Jiao Zi. Namun begitu, di Malaysia, dumpling kebiasaannya boleh didapati melalui dua jenis iaitu ayam dan juga daging. Dumpling juga boleh diisi dengan sayur-sayuran mengikut citarasa masing-masing.

- Advertisements -
@ezlokal.food Ronda-ronda petang terjumpa, Dumpling di gerai ni sedap giler!!! Nak makan tiap hari. Chili oil tu favourite #klfoodie #MYFoodie #foodexploration #fyp #makananviral #virall #dumpling #chilioil #sungaibuloh ♬ original sound – ezLokal.food 🇲🇾

Dumpling Sungai Buloh adalah lokasi terbaik bagi mereka yang ingin menikmati keenakan makanan tersebut. Terletak di Saujana Utama, tapak pasar malam Rabu, gerai ini mula dibuka seawal jam 11 pagi.

Terdapat dua jenis dumpling yang popular di sini iaitu, goreng dan steam. Dumpling Steam Udang memang tidak mengecewakan. Kulit dumpling yang lembut dan inti yang banyak sememangnya mengashikkan. Chili oil, yang sedikit manis dan pedas melengkapkan lagi rasa enak pada dumpling tersebut.

- Advertisements -

Dumpling Goreng Ayam dengan kulit yang sangat rangup bersama inti yang sangat jucy memang betul-betul menagihkan. Tekstur inti ayam yang sangat flavourful memang membuatkan sesiapa sahaja tidak jemu menikmati hidangan ini.

Uish Suajana Utama dekat belah mana ni? Tak pernah nampak pun?

Dumpling sedap di sungai buloh! Netizen tak keruan tanya lokasi? | weirdkaya
Dumpling sedap di sungai buloh! Netizen tak keruan tanya lokasi? | weirdkaya

Menelusuri ke ruangan komen, wargamaya terkejut mengetahui keberadaan gerai terbabit dan ada juga yang tidak sabar untuk merasai sendiri keenakan Dumpling Sungai Buloh ini.


We are hiring writers!
We are hiring writers!