fbp
WeirdKaya BM

Dua Beradik Juara Memanah Berkuda Di Perancis, Akui Kumpul Dana Sendiri Dengan Jual Kuih Raya.

Hasil tak pernah mengingkari kerja keras.

Dua beradik iaitu Abdurrahman Ahmad Mu’az dan Heba Nusaybah memperoleh kejayaan apabila membawa pulang kemenangan dalam European Kids Championship 2024 di Perancis.

- Advertisements -

Kejayaan tersebut dikongsikan oleh ibu mereka iaitu Fathim Ridayu di platform TikTok miliknya. Fathim memberitahu ia bukan suatu pencapaian yang mudah kerana menelan kos yang sangat tinggi.

- Advertisements -
@fathimridayu Alhamdulillah.. Abdurrahman juara keseluruhan U14 daripada 3 format yang dipertandingkan; FFE Raid233, FFE Tower60 & Hunt Track. 16 buah negara (Perancis, Belanda, Belgium, Indonesia, Brazil, Finland, Poland, England, Sepanyol, Jerman, Afrika Selatan, Switzerland, Turki, Amerika Syarikat, Ireland dan Malaysia) dengan lebih 110 pesaing. Wakil Malaysia: Abdurrahman (U14) – Juara Heba Nusaybah (U12) – Naib Juara #equestrianarchery #memanahberkuda #horsebackarchery #arbaequestrianarchery ♬ suara asli – Asyifa tri hendrianda – user57835527164

“Tajaan sendiri pergi bertiga sahaja. Saya lah manager sayalah coach mereka. Dana atuk nenek sumbang sikit, jual kuih raya sikit untuk kumpul dana.

“Negara France kos amat tinggi, jadi perlu berjimat cermat. Kenapa nak sangat ke championship di Eropah walaupun mahal? Sebab juara-juara dunia dalam sukan memanah kebanyakkannya dari France. Nak belajar juga dalam masa yang sama.

- Advertisements -

“Team negara lain sampai airport, ada kenderaan yang menjemput. Kami naik public transport je sebab nak berjimat. Dari airport Paris ke bandar Limoges’s naik bas 5 jam. Dari Limoges ke bandar Bellac naik train lagi sejam. Angkutlah sendiri bag-bag semua 3 beranak. Lokasi pertandingan jauh dari Bandar Paris.

“Jaraknya macam KL dengan Perlis. Makan pun bawa ready-to-eat food dari Malaysia. Punya nak berjimat Kalau makan makanan yang urusetia sediakan, kena bayar €40 sehari/pax. Dalam RM200 seorang. Alhamdulillah ‘ala kulli hal. Pengalaman yang mahal tapi berbaloi,” tulis Fathim di ruangan kapsyen.

Pergi dengan hasil ttik peluh keluarga dan tiada tajaan, bawa nama Malaysia dan keluarga. Tahniah adik-adik, moga terus berjaya di masa hadapan dan tahniah pada keluarga atas sokongan tanpa henti.

Dua beradik juara memanah berkuda di perancis, akui kumpul dana sendiri dengan jual kuih raya. | weirdkaya
Dua beradik juara memanah berkuda di perancis, akui kumpul dana sendiri dengan jual kuih raya. | weirdkaya
Dua beradik juara memanah berkuda di perancis, akui kumpul dana sendiri dengan jual kuih raya. | weirdkaya

Meninjau ke ruangan komen, warganet berasa bangga melihat kejayaan mereka dan ada juga yang tidak putus-putus memberikan ucapan tahniah.


We are hiring writers!
We are hiring writers!