fbp
WeirdKaya BM

“Dia Juga Kena Bencana Tapi Dia Juga Bantu Orang” – MUA Bellaz Beri Bantuan Makanan Buat Mangsa Banjir Di Kedah.

Terima kasih orang baik

Usahawan muda dan juga ikon tutorial solekan di media sosial, Mua Bellaz menjadi perhatian warganet kerana memberi bantuan makanan kepada mangsa banjir di Alor Setar, Kedah.

- Advertisements -

Menerusi hantaran di TikTok, memaparkan Bellaz, Mat Nuart, dan Bellaz Beauty mengagihkan bantuan makanan dari kedai miliknya iaitu BellazMart Nuart.

- Advertisements -
@muabellaz

Rumah bellaz dah Surut banjir Alhamdulilah ..dh boleh kluar dh insyallah bellaz&Mat nuart dan Team Bellaz Beauty akan agihkan dlm beberapa bantuan Makanan dari kedai BellaZMart Nuart untuk Mangsa banjir yg terjejas di Alor Setar ..insyallah kedai runcit Mat Nuart akan beroperasi beberapa minggu lagi Doakan Hampa semoga dipermudhkan ..Terima ksih buat pelangan yg banyak support bellaz & Mat nuart ..dlm setiap rezeki kita Terselit rezeki org lain ..

♬ suara asli Pesan Dalam Botol

“Rumah Bellaz dah surut banjir. Alhamdulilah dah boleh keluar, insya-Allah Bellaz, Mat Nuart dan Team Bellaz Beauty akan agihkan dalam beberapa bantuan makanan dari kedai
BellaZMart Nuart untuk Mangsa banjir yg terjejas di Alor Setar.

“Insya-Allah kedai runcit Mat Nuart akan beroperasi beberapa minggu lagi. Doakan semoga dipermudahkan. Terima kasih buat pelangan yang banyak sokong Bellaz & Mat Nuart. Dalam setiap rezeki kita terselit rezeki org lain,” ujar Bellaz.

- Advertisements -

Dalam pada itu, Bellaz menjelaskan suaminya, Mat Nuart begitu teruja untuk memberikan bantuan makanan dari kedainya dan sempat menitipkan doa agar suaminya sentiasa dimurahkan rezeki.

“Mat Nuart paling happy. Dia paling semangat nak agikan barangan kedai dia tu.

“Alhamdulillah syukur semoga murah rezeki suamiku, Amin Ya Rabbal Alamin,” tulis Bellaz.

Dia pun dapat bencana tapi reda dia tahap tinggi😔😭 Patut lah dia murah rezeki sebab dia sentiasa ikhlas dengan apa yang terjadi.

Meninjau ke ruangan komen, wargamaya terharu melihat sifat prihatin dan pemurah mereka berdua dan ada juga yang mendoakan agar Bellaz dan Mat Nuart sentiasa diberikan rezeki yang berpanjangan serta dipermudahkan segala urusan.


We are hiring writers!
We are hiring writers!