fbp
WeirdKaya BM

“Dah Rasa Memang Ketagih Nak Lagi!” – Nasi Ayam Ayah Pikat Selera Orang Shah Alam

Daging empuk ditambah hirisan ayam yang juicy memang gian habis!

Nasi ayam bukan lagi sesuatu yang asing dalam masyarakat Melayu kerana ia sudah menjadi kegemaran orang ramai. Nasi ayam dikatakan dibawa oleh pendatang Cina di Asia Tenggara dan telah diperkenalkan di Tanah Melayu. Oleh sebab itu, tidak hairanlah jika masyarakat Cina mahir dalam pembuatan makanan ini.

- Advertisements -

Nasi Ayam mudah ditemui di mana-mana sahaja kerana ia sudah menjadi menu wajib di Malaysia. Terdapat pelbagai jenis Nasi Ayam yang telah divariasikan mengikut citarasa penduduk tempatan.

- Advertisements -

Nasi Ayam Ayah adalah restoran yang wajib dikunjungi tatkala berada di Shah Alam. Dibuka dari jam 7 pagi hingga 10.30 malam, restoran ini menawarkan beberapa makanan lain yang enak seperti Nasi Goreng Kambing.

@ezlokal.food Favourite nasi goreng daging! #klfoodie #myfoodie #ezlokalfood #foodexploration #makananviral #viral #fyp #nasiayam #nasigoreng ♬ I GOT A BOY – Girls' Generation

Apa yang menariknya dengan nasi ayam di sini ialah tekstur ayam dimasak sempurna menyebabkan ia begitu juicy dan lembut. Bukan itu sahaja, nasi yang dikukus dengan bahan rempah ratus terpilih membuatkan hidangan bertambah wangi dan menyelerakan. Sambal cili yang tidak begitu pedas sesuai untuk dijamu oleh sesiapa sahaja tidak mengira lapisan umur.

- Advertisements -

Nasi Goreng Daging pula adalah menu wajib cuba kerana rasanya tidak boleh dijumpai di tempat lain melainkan restoran ini sahaja. Rasa nasi wokhei dengan aroma bawang putih yang enak dan sedikit pedas tentunya membuka selera sesiapa sahaja. Isi daging yang sangat banyak memang membuatkan pelanggan betul-betul puas hati.

Dah rasa memang ketagih nak lagi!

Menjengah ke ruangan komen, wargamaya memuji keenakan hidangan di restoran ini dan ada juga yang tidak sabar untuk berkunjung ke restoran terbabit.


We are hiring writers!
We are hiring writers!