fbp
WeirdKaya BM

Citarasa Chinese Food, Canton Boy Tawar Menu ‘Dinner’ Pikat Selera!

Tak cuba, tak tahu :)

Canton Boy merupakan restoran yang cukup terkenal bagi penggemar makanan Kantonis. Restoran ini dikenali oleh masyarakat kerana kenakan dim sum dan nasi ayam yang dijamin halal dan tiada tandingannya.

- Advertisements -

Canton Boy juga menawarkan pelbagai menu pilihan yang mampu membangkitkan selera. Terbaharu, mereka menawarkan menu makan malam berkonsep chinese food dengan citarasa premium namun dengan harga yang berbaloi.

- Advertisements -
@ezlokal.food Service tiptop dan menu semua sedap-sedap. Sesuai untuk makan malam dengan family, kawan, or anyone. Paling favourite Chili Crab, Baked Cheesy Prawn, & Nyonya Siakap. #cantonboy #chinesefood #chinesehalalfood #dinner #spotdinner #klfoodie #chilicrab ♬ Sticky – KISS OF LIFE

Chili Crab (Australian Mud Crab), menu wajib cuba yang pasti tidak mengecewakan. Gabungan rasa pedas dan manis daripada isi ketam yang besar memang cukup memukau selera. Nyonya Siakap pula tidak kurang enaknya, ikan dimasak sempurna penuh dengan rasa masam dan manis yang tidak muak.

Beef Wan Tan Hour, kuah sangat flavourful dan pekat dengan hirisan daging yang sangat banyak. Black Pepper Beef pula sesuai buat penggemar daging kerana menggunakan Australian Beef yang sangat premium membuatkan rasanya lembut dan begitu enak.

- Advertisements -

Stir-Fried Kam Heong Clams, rasa yang sangat authentic dan sangat segar tidak berbau hanyir. Baked Cheese River Prawn, menu yang bikin ketagih. Isi udang yang juicy dan tebal ditambah bersama rasa keju memang kombinasi yang sempurna.

Untuk info, Bamboo by Canton Boy @ BSC berlokasi di Bangsar Shopping Centre, Lot F129, F130 & F131, F132, 1Floor, 285, Jalan Maarof, Bangsar, 59000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Restoran ini dibuka setiap hari dari jam sembilan pagi hingga sepuluh malam.


We are hiring writers!
We are hiring writers!