fbp
WeirdKaya BM

Citarasa Asli Indonesia, Grand Sari Ratu Prima Jadi Pilihan Utama Pikat Selera Rakyat Malaysia.

Pastikan autentik baru beli.

Grand Sari Ratu Prima bukan lagi satu nama yang asing dalam bidang kulinari, terkenal dengan masakan asli dari Indonesia terdapat pelbagai pilihan makanan yang cukup menyelerakan.

- Advertisements -

Grand Sari Ratu Prima mula dibuka pada tahun 2017 di Wisma Consplant. Restoran ini menjadi pilihan utama buat para pelanggannya kerana menawarkan hidangan yang cukup enak dengan suasana yang kondusif.

- Advertisements -

Dalam pada itu, Grand Sari Ratu Prima juga semakin hari semakin dikenali sehingga berjaya membuka beberapa cawangan di Selangor seperti di Setia Alam dan Bukit Jelutong.

@ezlokal.food Orang Cyberjaya dah tak perlu pergi Padang. Sodap makanan sini! Banyak pilihan. #klfoodie #foodie #foodexploration #nasipadang #gulaitunjang #cyberjaya #dinner ♬ original sound – ezLokal.food 🇲🇾

Bukan itu sahaja, Grand Sari Ratu Prima juga merancang untuk menukar nama jenamanya kepada “Rajo Padang” di semua cawangan seiring dengan perkembangan dan penerimaan baik dari pelanggan yang setia bersama mereka. Pertukaran ini mencerminkan kemajuan restoran dan komitmen mereka yang sentiasa cakna akan pembaharuan dan keutamaan pelanggan .

- Advertisements -

Walaupun namanya sudah berubah, namun setiap makanan yang digemari oleh pelanggan akan tetap sama rasanya. Objektif utama tetap jelas iaitu memastikan semua pencinta Nasi Padang tidak perlu terbang jauh hingga ke Indonesia kerana boleh sahaja mendapatkan pengalaman menikmati Nasi Padang asli di Malaysia.

Terdapat beberapa menu wajib cuba jika berkunjung ke restoran Grand Sari Ratu Prima antaranya dancing fish, dendeng batokok, gulai tanjang, ayam pop, ayam gulai dan pelbagai pilihan sambal berbeza rasa.

Oleh itu, Grand Sari Ratu Prima sebagai peneraju dalam industri masakan, menawarkan pengalaman makan yang cukup nostalgia dan cukup menagihkan.


We are hiring writers!
We are hiring writers!