fbp
WeirdKaya BM

Cik Epal Kesal Difitnah, Individu Dakwa Bayar Jason Demi Bantu Perniagaan

Pempengaruh dan usahawan terkenal Cik Epal meluahkan rasa kesal apabila dirinya dituduh oleh individu tidak dikenali setelah menerima reviu jujur berkenaan perniagaan piza miliknya.

Kesal difitnah

Cik Epal kesal difitnah

Menerusi perkongsian di Threads, Cik Epal atau nama sebenarnya Murni Mahmud didakwa membayar sejumlah wang kepada pempengaruh terkenal, Jason untuk memberikan reviu positif dan rating yang tinggi.

“Dia punya tak puas hati tu sampai fitnah aku bayar Jason ek. Macam-macam hal,” ciapan Cik Epal, semalam.

Terdahulu, tular seorang pengguna threads dengan nama akaun Cik_Epal_Masam membuat dakwaan tidak berasas seolah-olah tidak berpuas hati dengan reviu yang diberikan oleh Jason.

“Jason dibayar okay,” tulisnya.

Sebelum ini, personaliti media sosial, Jason membuat reviu di TikTok mengenai Pizza Mendonia sehingga mencetuskan perdebatan dalam kalangan wargamaya.

Artikel lain: Intan Najuwa ‘Review’ Jujur Pizza Mendonia Cik Epal – “Lain Kali Kita Repeat Lagi”

Dalam video itu, Jason memuji tekstur piza, pes tomato yang kaya rasa, serta penggunaan daging wagyu yang dikatakan berbeza tidak sama seperti yang terdapat di tempat lain.

Malah lebih mengejutkan lagi apabila Jason memberikan rating 8.7 menjadikan ia antara yang tertinggi pernah diberikan.

Sumber: Threads cikepal06


We are hiring writers!
We are hiring writers!

Home > WeirdKaya BM > Cik Epal Kesal Difitnah, Individu Dakwa Bayar Jason Demi Bantu Perniagaan