fbp
WeirdKaya BM

Cik Epal & Jofliam Sahkan Hubungan 10 Tahun Berakhir Dengan Penceraian – “Sudah Tertulis Jodoh Sampai Di Sini Sahaja”

Mungkin ini yang terbaik?

Pempengaruh dan usahawan terkenal Cik Epal dan suaminya Jofliam kini mengesahkan hubungan mereka berakhir dengan perpisahan.

- Advertisements -

Menurut Cik Epal bahtera perkahwinan yang dibina hanya bertahan selama sedekad sahaja dan pengakuan itu dibuat melalui hantaran Instagram miliknya.

- Advertisements -

“10 tahun hidup bersama. Sudah tertulis jodoh sampai di sini sahaja. Aku sah bercerai dengan dia atas izin-Nya.

“Terima kasih untuk segalanya. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Walaupun akhirnya tak bersama, itu tak bermakna semua kenangan itu sia-sia.

- Advertisements -

“Ini yang Allah takdirkan untuk kami. Dekat dunia ni tak ada apa milik kita. Kita hanya mampu merancang tetapi Allah tahu apa yang terbaik,” tulisnya.

Terdahulu, Jofliam mendedahkan status hubungan mereka bukan lagi suami isteri setelah mengalami konflik rumah tangga sejak empat bulan yang lalu.

Bukan itu sahaja, jofliam juga dikatakan berlaku curang terhadap bekas isteri yang menjadi punca kemelut rumah tangga namun ushawan itu menangkis tuduhan tersebut sebagai fitnah yang tidak berasas.

Untuk info Cik Epal dan Jofliam mendirikan rumah tangga pada 1 Jun 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata, Han dan Yuki.


We are hiring writers!
We are hiring writers!