fbp
WeirdKaya BM

Cik Epal Dakwa Cedera Diserang Dewi, Dilarang Ambil Barang Peribadi

Moga terus kuat

Perang dingin melibatkan pempengaruh Cik Epal bersama bekas suaminya Jofliam masih belum menemukan jalan penyelesaian.

Cik Epal dakwa cedera akibat diserang

Menerusi perkongsian di Instagram, memperlihatkan berlaku ketegangan ketika Cik Epal ingin mengambil semula barangan peribadi miliknya di rumah Jofliam.

Cik Epal atau nama lengkapnya, Murni Mahmud merakam situasi di mana dirinya tidak dibenarkan masuk oleh isteri baharu Jofliam iaitu Emira Delyati Dewi dengan cuba menutup pintu.

“Betina hamak ni cakar dan lukakan mata aku.
“Ni lah pasangan penyondol yang hamak dengan barang-barang aku,” kata Cik Epal hari ini.

Dalam perkongsian sama, Cik Epal juga menjerit meminta agar barangan yang diminta olehnya dahulu dipulangkan semula.

Namun, difahamkan cubaan itu tidak berjaya kerana Jofliam enggan memberi pelepasan untuk pihak movers (pengangkutan) masuk ke perkarangan rumahnya.

Cik Epal Dakwa Cedera Diserang Dewi
Cik Epal Dakwa Cedera Diserang Dewi
Cik Epal Dakwa Cedera Diserang Dewi

Artikel lain: Cik Epal & Jofliam Sahkan Hubungan 10 Tahun Berakhir Dengan Penceraian – “Sudah Tertulis Jodoh Sampai Di Sini Sahaja”

Meninjau ke ruangan komen, warganet meluahkan rasa simpati melihat keadaan ibu tunggal itu dan meminta agar Jofliam memulangkan semula barangan yang bukan miliknya.

Ya Allah, kejamnya

Cik Epal Dakwa Cedera Diserang Dewi

Buat report polis

Cik Epal Dakwa Cedera Diserang Dewi

Sudah-sudah lah sokong

Cik Epal Dakwa Cedera Diserang Dewi

We are hiring writers!
We are hiring writers!

Home > WeirdKaya BM > Cik Epal Dakwa Cedera Diserang Dewi, Dilarang Ambil Barang Peribadi