WeirdKaya BM

Cik B Hampir Pitam Urus Festival, Vida Dedah Anak Kurang Tidur, Tak Cukup Makan

Usahahawan yang juga jutawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida meluahkan rasa bangga melihat kejayaan anaknya, Cik B, yang berjaya menganjurkan festival makanan buat pertama kali.

Hampir pitam urus festival

Memetik laporan mStar, pemilik nama Hasmiza Othman, 55, berkata, sebagai seorang ibu dia begitu tersentuh dengan usaha yang ditunjukkan oleh Cik B sepanjang menjayakan program tersebut.

Dalam pada itu, dia mendedahkan anaknya hampir pitam dan menjadi saksi disebalik kepayahan Cik B dalam mengurus acara gilang gemilang itu.

“Saya nampak segala usaha Cik B untuk festival yang dianjurkannya. Dia kurang tidur, tak cukup makan, sanggup berpanas sampai hampir pitam, tapi di depan orang dia tetap senyum.
“Bila lihat begitu, hati ibu mana tak sebak? Tapi inilah harga sebuah kejayaan. Saya bangga sebab anak saya belajar erti usaha, bukan hidup senang,” kata Vida, baru-baru ini.

Berkongsi lanjut mengenai Cik B Vaganza Food Fest, kata Vida, festival berkenaan dirancang sepenuhnya oleh anaknya itu, termasuk pemilihan vendor, konsep acara, dan pengurusan di lokasi.

Malah, Cik B juga memantau sendiri perjalanan festival itu tanpa memerlukan kehadiran ibunya untuk mendapatkan bantuan sokongan.

“Bila anak saya sanggup buat kerja sampai ke tahap itu, sebagai ibu saya yakin Allah takkan sia-siakan usaha orang yang bersungguh-sungguh.
“Memang ini projek Cik B. Saya sebagai ibu hanya memberi sokongan dari belakang, seperti memberi nasihat dan mendoakan kejayaannya.
“Saya tak nak dia dikenali sebagai ‘anak DSV’, saya nak orang kenal dia sebagai usahawan yang berani ambil risiko,” kongsinya.

Sementara itu, Vida tidak menafikan penganjuran festival tersebut menelan kos yang besar, namun menganggapnya sebagai pelaburan jangka panjang buat jenama Cik B.

“Benar, kos acara ini mencecah sehingga RM500,000 untuk lima hari. Jujur, memang ada kerugian, tapi ini adalah pelaburan nama buat Cik B.
“Kalau kira duit semata-mata, orang boleh kata mahal. Tapi kalau dikira daripada segi harga pengalaman, kepercayaan, dan jenama?
“Hari ini orang kenal Cik B Vaganza. Itu nilai yang tak boleh dibeli dengan iklan biasa,” tambahnya lagi.

Artikel lain: Makan Malam Habis RM2K, Gambar Cik B Bersama Lelaki Jadi Tanda Tanya? – “Dia Dah Bahagia, Kita Bila Lagi”

Untuk info, Cik B Vaganza Food Fest telah diadakan di Silverlakes Village Outlet, Batu Gajah, Perak, bermula 31 Disember hingga 4 Januari lalu.

Sumber: mStar (Amin Hazlan)


We are hiring writers!
We are hiring writers!

Home > WeirdKaya BM > Cik B Hampir Pitam Urus Festival, Vida Dedah Anak Kurang Tidur, Tak Cukup Makan