fbp
WeirdKaya BM

Chef Zam Kesal Kedai Makan Terkenal Jual Sambal Nasi Lemak Harga Asing, Minta Jangan Tipu Pelanggan!

Apa kes ni?

Chef selebriti tanah air iaitu Chef Zam atau Prof, Dato’ Zamzani Abdul Wahab meluahkan rasa kesal terhadap sebuah restoran terkemuka di dalam pasar raya ekoran menjual nasi lemak dan sambal dengan harga berasingan.

- Advertisements -

Menerusi hantaran yang dibuat di TikTok miliknya, Chef Zam kesal dan merasakan restoran terbabit tidak telus dalam menjalankan perniagaan dan menipu para pelanggan.

- Advertisements -
@chef.zam Jangan cuba menipu duit customers!, boleh??? Kepal hangguk dia jual nasi lemak tak de sambal & kena tambah duit lain kalau nak sambal!!!🤬🤬🤬🤬 @Bungkus Kaw Kaw @KPDN SELANGOR @KPDN ♬ original sound – Chef.Zam

“Ni nak cerita sikit Bungkus Kaw Kaw, beli set nasi lemak dia beri nasi dengan dia promote dia punya rendang ayam baru.

” Ini saya belum makan lagi rendang ayam ni, nampak berapa ketul ayamnya? Takpelah, RM9.90 banyak ni sahaja ni belum makan lagi, saya baru kuis-kuis tengok berapa ketul ayam.

- Advertisements -

“Adik tu kata dia timbang, bukalah nasi lemak pula rupanya dalam tiada sambal. Nasi lemak kosong dia jual lima ringgit lebih nak sambal tambah lagi, menipu je hidup,” kata Chef Zam.

Dalam pada itu, Chef Zam juga meninggalkan sedikit pesanan di ruangan kapsyen terhadap restoran terbabit agar tidak menipu pelanggan.

“Jangan cuba menipu duit customers, boleh?

“Kepala hangguk dia jual nasi lemak tiada sambal dan kena tambah duit lain kalau nak sambal,” tulis Chef Zam.

Finally the right person has spoken. Dah lama kami terkena chef, lepas ni bungkus kaw kaw buat lah sesuatu.

Chef zam kesal kedai makan terkenal jual sambal nasi lemak harga asing, minta jangan tipu pelanggan! | weirdkaya
Chef zam kesal kedai makan terkenal jual sambal nasi lemak harga asing, minta jangan tipu pelanggan! | weirdkaya
Chef zam kesal kedai makan terkenal jual sambal nasi lemak harga asing, minta jangan tipu pelanggan! | weirdkaya

Menelusuri ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh chef selebriti itu dan meminta restoran terbabit agar menambahbaik kualiti hidangan mereka.


We are hiring writers!
We are hiring writers!