WeirdKaya BM

CEO Batu Mahu Hidup Bersederhana, Fokus Meniaga Kiosk Kecil-Kecilan

Baru-baru ini tular di media sosial, keadaan terkini pempengaruh, CEO Batu yang pernah terpalit dengan kontroversi kes amang seksual terhadap remaja perempuan, Jun lalu.

Memetik laporan Gempak, menerusi perkongsian di TikTok, memperlihatkan CEO Batu atau nama sebenarnya Muhamad Iqbal Muhamad Nor mengusahakan perniagaan kecil-kecilan.

@muhammadakid17 Semua manusia buat silap… mari support dia niaga geng.. #ceobatu #fyp ♬ original sound – AJ Productions.kk

Kata pempengaruh berusia 22 tahun itu menjelaskan hidupnya semakin tenang apabila memilih untuk berehat daripada media sosial.

juga bertambah tenang selepas mengambil keputusan untuk tidak terlalu aktif bermain media sosial.

“Saya ada saja sedang berniaga.
“Hidup tenang sikit sekarang ini, tiada media sosial,” katanya.

Perkongsian itu telah menuai perhatian ramai dan rata-ratanya meluahkan rasa simpati melihat keadaan terkini CEO Batu.

Terdahulu, media melaporkan CEO Batu ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menghantar beberapa mesej berunsur lucah kepada remaja bawah umur.

CEO Batu juga dilaporkan dihentam teruk selepas penyanyi dan pempengaruh, Caprice mendedahkan mengenai beberapa kiriman mesej didakwa berbaur lucah dihantarnya kepada remaja berkenaan.

CEO Batu kemudiannya ditahan polis bagi membantu siasatan sebelum membuat pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang pada 10 dan 11 Julai lalu.

Sumber: Gempak (Amirul Ilyasha)


We are hiring writers!
We are hiring writers!

Home > WeirdKaya BM > CEO Batu Mahu Hidup Bersederhana, Fokus Meniaga Kiosk Kecil-Kecilan