fbp
WeirdKaya BM

Bukan Sekadar Tiada Babi & Alkohol, Halal Meliputi Cara Penyembelihan Serta Kebersihan Penyediaan Hidangan.

Dah tahu belum?

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengeluarkan kenyataan iaitu mengesahkan lima restoran terkemuka tidak mempunyai sijil halal yang sah seperti yang telah ditetapkan.

- Advertisements -

Oleh hal yang demikan, isu halal sekali lagi menjadi polemik bukan sahaja dalam kalangan masyarakat malah ahli politik kerana ia berkait rapat akan agama dan bukan suatu perkara yang boleh dipandang remeh.

- Advertisements -

Dalam hal ini, satu perbincangan telah dilakukan berdiskusi mengenai perkara tersebut dan satu cadangan telah dikemukakan iaitu mewajibkan semua restoran yang tidak menyajikan babi dan alkohol wajib memiliki sijil halal.

Cadangan ini merupakan satu langkah yang proaktif jika diteliti semula dalam memastikan restoran-restoran tempatan mengikut segala piawaian yang ditetapkan.

- Advertisements -

Namun begitu, terdapat pelbagai faktor yang perlu dipertimbangkan antaranya kewangan kerana permohonan untuk mendapatkan pengesahan halal dan pematuhannya menelan kos yang sangat tinggi.

Bukan itu sahaja, peniaga juga perlu bersama-sama menangani isu ini dengan cara memastikn segala bahan-bahan yang digunakan dalam proses pembuatan makanan mempunyai sijil halal.

Dalam pada itu, pengguna juga perlu sentiasa cakna akan status halal setiap makanan yang ingin dinikmati. Dari sudut Islam, halal merangkumi cara penyembelihan haiwan dan kebersihan penyediaan hidangan, bukan hanya tiada babi dan alkohol sahaja.

Sumber: Sinar Harian


We are hiring writers!
We are hiring writers!