Baru-baru ini, tular seorang kanak-kanak berumur 11 tahun menyimpan hasrat ingin menunaikan ibadah umrah bersama ibu bapanya.

Oleh itu, si cilik yang dikenali sebagai Iqbal mengambil inisiatif untuk membuka gerai menjual air di hadapan rumahnya sebagai usaha mencari wang.
@qilah_hashim_ Boleh tak nak mintak tlg semua aminkan doa Iqbal nak pergi umrah dengan titik peluh sendiri ❤️ #airbalang #keluargabahagia #bahagiaitusederhana #usahawanmuda #warungairiqbal ♬ original sound – 🎧 Lirik Pendek ✅ – Nami Abaya Exclusive HQ
Kisah Iqbal sering dikongsikan oleh ibunya, Qilah Hashim di TikTok dan dipercayai gerai tersebut sudah beroperasi sekitar November yang lalu dan ia mula menjadi perhatian orang ramai.
Dikatakan, minat Iqbal terhadap perniagaan bermula setelah menghadiri satu program usahawan sebelum memaklumkan kepada ibunya mahu menjalankan perniagaan kecil-kecilan.
Menurut si cilik itu, duit yang sudah dikumpul hasil sepanjang seminggu berniaga untuk menunaikan umrah adalah sebanyak RM600.

Dalam pada itu, Qilah turut berkongsi perbualannya bersama Iqbal mengenai tujuan utama si kecil itu mahu berniaga.
“Tanya Iqbal kenapa nak meniaga? Panas, penat dan tak dapat main. Dia cakap nak kumpul duit. Dia cakap macam teringinlah nak pergi umrah mami (ibu). ‘Mustahil ke mami, Iqbal nak dapat kumpul (duit) banyak tu (untuk tunai umrah)?’
“Tak mustahil langsung Iqbal! kalau Iqbal nak, pasti boleh dapat. Bila Iqbal ada niat macam tu, insya-Allah perjalanan perniagaan Iqbal ni bukan hanya pasal untung dan rugi, setiap penat lelak, lelehan peluh dan keluhan resah, insya-Allah Allah selitkan pahala.
“Sebab Iqbal usaha selangkah lagi menuju cinta ilahi,” kata Qilah, baru-baru ini.

Difahamkan, Iqbal sentiasa bersemangat dalam menggapai impiannya malah dia juga mempelajari pelbagai perkara dalam perniagaan seperti rezeki dan sebagainya.
Usahanya mengumpul wang bagi menunaikan umrah dengan meniaga kecil-kecilan mendapat perhatian bahkan orang ramai juga turut membeli sebagai satu bentuk sokongan.
Sumber: TikTok Qilah_Hashim_
