Baru-baru ini tular seorang wanita yang berkongsi kisah hidupnya dalam melakukan pelbagai jenis pekerjaan dalam mencari rezeki yang halal.

Menerusi perkongsian di TikTok, wanita yang dikenali sebagai Hanee itu menunjukkan dirinya sedang bekerja sebagai penghantar barang malah boleh memandu van untuk menyelesaikan tuntutan kerja tersebut.
@hneena_ saya bukan independent women . saya juga memerlukan bantuan 🥹 #fyp #xyzbca #foryoupage ♬ bunyi asal – natasyabihaaznan🍓
Bukan itu sahaja, dilihat Hanee juga dipercayai mengambil tempahan untuk membuat biskut dan kek batik sebagai sumber mata pencarian sampingan.

Bagaimanapun, Hanee menjelaskan dirinya bukan juga wanita yang terlalu berdikari kerana ada masa dia juga memerlukan bantuan daripada orang lain.
“Saya bukan independent women. Saya juga memerlukan bantuan,” tulis Hanee
Perkongsian itu mendapat liputan meluas dan rata-ratanya memuji wanita itu sebagai seorang yang rajin dalam mencari rezeki.
Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.5 juta tontonan dan menerima lebih 182,000 tanda suka.
Sumber: TikTok hneena_
