fbp
WeirdKaya BM

“Boleh Ganti KF*” – Restoran F.C Tawar Menu Harga Murah, Tiada Kontroversi & Diyakini Halal.

Dah jumpa yang baru :)

Makanan segera merupakan menu pilihan masyarakat kini kerana ia lebih mudah dan dapat menjimatkan masa. Kebelakangan ini, banyak syarikat yang sudah mula berkecimpung dalam industri ini.

- Advertisements -

Bukan itu sahaja, ada juga restoran-restoran kecil yang sudah mula menawarkan menu makanan persis Texas, KFC, dan McDonald’s. Lebih menarik lagi, restoran ini dapat memberikan kepuasan makan yang maksimum dengan harga yang cukup berbaloi.

- Advertisements -
@ezlokal.food Sedap giler! Patutlah legend. Kena repeat chicken dia! #klfoodie #makananviral #makanlokal #foodexploration #myfoodie #fcchicken #pkns #shahalam ♬ DOLA – ANGGA DERMAWAN

Restoran F.C terletak di Kompleks Pkns Shah Alam, LOT G-60M, Ground, Persiaran Tasik, 46150 Shah Alam, Selangor merupakan restoran yang menawarkan hidangan western dan kuih muih tradisional yang cukup enak.

F.C Chicken, menu wajib beli tatkala singgah ke restoran ini. Tekstur ayam yang sangat juicy memang rangup di luar dan lembut di dalam. Menu ini didatangkan bersama roti, coeslow dan kentang putar yang pastinya mengenyangkan.

- Advertisements -

Selain itu, terdapat juga makanan berkeju seperti lasagna. Rasa yang sangat flavourful dinikmati tatkala masih panas memang sangat mengiurkan. Sos yang digunakan juga begitu premium dan penuh dengan hirisan keju yang tidak kedekut.

Lamb Chop pula tidak ketinggalan dan sering menjadi permintaan ramai para pelanggan. Rasa sos ala kfc dan daging yang begitu juicy memang menagihkan. Selain itu, terdapat juga kuih-muih seperti pulut udang, coq udang, tauhu bergedil dan tauhu sumbat.

Ayam dia best, tak macam ayam fast food yang lain hanya besar kulit dan tepung sahaja. Ayam kulit tak berlemak memang recommended😉

Menelusuri ke ruangan komen, warganet terkejut akan kewujudan Restoran F.C dan ada juga yang tidak sabar untuk berkunjung ke restoran terbabit.


We are hiring writers!
We are hiring writers!