fbp
WeirdKaya BM

“Betul Ke Tawar?” – Roti Viral Salam Noodles Terima Pelbagai Komen Negatif Daripada Warganet.

Tekak kan lain-lain.

Beef Pie merupakan hidangan yang menggunakan daging lembu dimasak bersama bahan-bahan lain seperti sayur-sayuran, rempah ratus dan sos. Pie akan digulung membentuk bulat dan digoreng sehingga masak.

- Advertisements -

Biasanya, daging lembu yang digunakan akan dimasak terlebih dahulu hingga empuk dan dicampur bersama bahan tambahan lain. Beef Pie sering dinikmati sebagai hidangan utama dan sangat popular di Australia.

- Advertisements -

Baru-baru ini tular satu perkongsian, memaparkan sebuah restoran menerima pelbagai komen balas daripada netizen menyatakan makanan yang dijual sedikit tawar dan kurang rasa.

@ezlokal.food Roti Viral ni dah ada dekay shah alam ?!?! Siapa tak sempat lagi pergi dekat KL tu mehh cuba sini pulak 😋😋 #rotiviral #salamnoodles #alambudiman #shahalam #viral #foodexploration #tiktokmalaysia #fyp ♬ Please Please Please – Sabrina Carpenter

Beef Pie merupakan menu baru yang wajib cuba apabila berkunjung ke restoran ini. Tekstur yang rangup di luar dan penuh dengan daging di dalam memang cukup menagihkan.

- Advertisements -

Adunan pie di buat setelah dipesan oleh pelanggan dan tidak menggunakan doh sejuk beku yang tidak berkualiti. Minyak bijan yang dituang ke atas adunan pie memberikan rasa hidangan ini bertambah enak dan harum.

Macam makan makanan hospital, entah apa yang sedap. Semua tiada rasa, tawar.

Menjengah ke ruangan komen, warganet memberi kritikan negatif terhadap makanan tersebut dan ada juga yang tampil mempertahankan restoran terbabit.


We are hiring writers!
We are hiring writers!