Anak lelaki kepada usahawan Datuk Seri Aliff Syukri, Ammar Ahyan mendedahkan bahawa dirinya menjadi mangsa gangguan seksual semasa mempromosikan produk jualannya di sekitar Masjid India, Kuala Lumpur.

Ammar yang berumur 17 tahun itu memberitahu, insiden tersebut berlaku semasa sedang membantu ibu bapanya memberikan jeruk mangga percuma bagi kempen Malaysian Book Of Record bagi jualan beg terpantas melalui siaran langsung.
“Saya tak suka orang yang bersikap tak bertamadun sebab saya baru sahaja kena raba.
“Untuk pengetahuan, saya kena raba di pinggang, ketiak dan saya memang tak suka perkara itu,” katanya, semalam.
Walaubagaimanapun, Ammar menjelaskan dia terbuka sekiranya mahu bergambar atau beramah mesra bersama peminat namun sedikit kecewa ada pula yang cuba mengambil kesempatan dengan merabanya.
“Saya tiada masalan kalau orang ajak bergambar atau nak bersembang, tapi bila dah melampaui batas, saya terus hilang minat,” jelasnya.

Menurut Ammar kejadian itu telah dikongsikan kepada ibunya, Datin Seri Nur Shahida dan menasihatinya agar kekal tenang dan memilih untuk memaafkan kerana menganggap kejadian tersebut mungkin berlaku tanpa sengaja.
“Saya dah bagitahu mak saya dan dia kata dalam hidup memang ada orang macam itu.
“Tapi mungkin juga orang itu salah faham atau tak sengaja, jadi maafkan sahaja,” tambahnya lagi.
Terdahulu, bapanya menuai perhatian netizen apabila yakin mampu mencipta kejutan dengan menjual beg tangan sebanyak sejuta unit dalam masa kurang lima minit bagi memasuki Book of Record Malaysia yang akan dilakukan dalam sesi siaran langsung.
Sumber: mStar (Amin Hazlan)
