fbp
WeirdKaya BM

Berat Badan Naik Lebih 20KG, Shaheizy Sam Paksa Makan Makanan Tak Sihat Demi Menjiwai Watak.

Nanti mesti kurus balik kan?

Pelakon Shaheizy Sam mengakui perubahan fizikalnya disebabkan ingin menjiwai sebuah watak dalam filem terbaharu yang masih dirahsiakan lagi.

- Advertisements -

Pelakon filem Abang Long Fadil itu mengakui berat badannya sudah bertambah lebih 20 kilogram dan ia mengambil masa selama empat bulan untuk mendapatkan tubuh yang sedikit gempal.

- Advertisements -

Sam berkata, berat badannya telah berubah dari 70kg ke 90kg lebih pada ketika ini. Bukan itu sahaja, dia memaksa diri memakan makanan yang tidak sihat, tinggi lemak dan berminyak.

“Susah juga nak naikkan berat badan. Dari bulan 6 saya pulun, ambil masa 4 bulan juga lah nak dapatkan berat badan sebegini.

- Advertisements -

“Berat badan saya naik daripada 70kg hingga 92kg, ini merupakan paling berat dalam hidup saya.

“Saya akan makan seberapa banyak mungkin yang boleh macam 4 ke 5 kali dan makanan yang saya ambil memang tidak sihat.

“Saya akan makan selagi boleh, jangan tunggu lapar, sebelum tidur makan tetapi saya akan makan semua makanan yang tak sihat seperti ais krim satu tub, dan burger meleleh yang bersepah tu,” ujarnya.

Dalam pada itu, Sam mengakui perubahan fizikalnya memberikan sedikit kesan sampingan yang kurang baik seperti menyukarkan pergerakan dan mudah letih.

“Buat masa sekarang, saya memang sudah tak larat untuk push walaupun memaksa diri untuk naikkan badan dengan makanan yang tidak sihat.

“Saya sendiri pun rasa tak sihat sebab saya akan rasa penat, mengah, dan duduk sekejap akan sakit pinggang, jadi ia tak seronok,” kongsi Sam.

- Advertisements -

Terdahulu, kakak Sam yang juga pelakon, Datin Seri Zizie Izette, 44, memuji kesungguhan adiknya yang sanggup menaikkan berat badan demi memenuhi tuntutan kerja. Selain itu, Zizie juga percaya Sam dapat menurunkan berat badan semula selepas menjayakan filem terbaharunya itu nanti.

Sumber: Gempak (Umirah Halim)


We are hiring writers!
We are hiring writers!