fbp
WeirdKaya BM

Bekas Makanan Pilihan Mak-Mak, Tupperware Diisytihar Bankrap!

Produk penuh nostalgia :(

Syarikat pembuatan bekas plastik popular iaitu Tupperware Brands (Tupperware) sah diisytihar bankrap.

- Advertisements -

Dalam pada tu, Tupperware Brands bersetuju untuk menjual perniagaanya dengan harga AS$23.5 juta (RM102.1 juta) secara tunai dan lebih AS$63 juta (RM273.8 juta) dalam bentuk ‘diskaun hutang kepada sekumpulan pemberi pinjaman.

- Advertisements -

Perjanjian tersebut dibuat sewaktu sesi sebutan mahkamah kebankrapan di Wilmington, Delaware sekaligus menggagalkan rancangan syarikat terbabit untuk melelong segala aset secara terbuka.

Hakim kebankrapan Amerika Syarikat (AS), Brendan Shannon, berkata sesi pendengaran mahkamah berasingan akan dijadualkan semuala dengan kadar segera bagi mempertimbang semula syarat kelulusan penjualan aset syarikat itu.

- Advertisements -

Ketua Pegawai Eksekutif Tupperware, Laurie Ann Goldman, berkata Tupperware akan menamatkan operasi di pasaran dengan mempunyai liabiliti yang tinggi.

Sewaktu pendengaran mahkamah yang lalu, Tupperware menjelaskan bahawa pemberi pinjaman tidak seharusnya dibenarkan mengeluarkan pemiutang lain kerana membeli Tupperware dengan diskaun yang tinggi.

Tambah pula, mereka juga tidak dibenarkan daripada mendapat manfaat daripada hasil jualan.

Selain itu, pihak pemberi pinjaman juga mengemukakan hujah dalam sesi sama berkata, Tupperware akan menghalang mereka dan menjadikan ia satu alasan daripada menggunakan pertukaran hutang sebagai sebahagian tawaran untuk mendapatkan aset Tupperware.

Untuk info, syarikat pemberi pinjaman yang bersedia mengambil alih Tupperware ialah Alden Global Capital, Stonehill Institutional Partners dan Bank of America. – REUTERS

Sumber: Berita Harian

- Advertisements -

We are hiring writers!
We are hiring writers!