Usahawan muda, Ustaz Riduan Noor kembali meraih perhatian warganet di media sosial kerana mengeluarkan produk baharunya iaitu filling Hazelnut Pistachio.
@riduannoor95 Alahmdulilah dah restok ye perisa baru 2025 #2025 #fyp #inti #baru2025 ♬ Pretty song that imaged a sleeping baby – Azuline
Menerusi hantaran di TikTok, Riduan menunjukkan cara penyediaan filling Hazelnut Pistachio dan memberitahu produk itu boleh didapati di beg kuning.
“Kita akan letak hazelnut, kemudian kita masukkan inti. Letak hazelnut, letak inti macam tu.
“Untuk berat saya tak pasti sebab kita main letak sahaja dalam bekas tapi insya-Allah beg kuning itu dah ada. Kita dah restock, memang banyak dalam 1000 di beg kuning. Ada rezeki, insya-Allah ada,” jelas Riduan.
Dalam pada itu, Riduan memberitahu Hazelnut Pistachio merupakan produk terbaru bagi tahun 2025 dan mengambil masa empat bulan proses Research & Development (R&D).
“Ini produk paling baharu untuk tahun 2025. R&D kita mengambil masa hampir empat bulan. Alhamdulillah akhirnya tercapai juga kita keluarkan produk ini jadi terima kasih buat mereka yang beli dan sentiasa menyokong,” ucap Riduan lagi.
Weh, amalan apa aku buat hrini blh nmpk beg kuning 🤣



Meninjau ke ruangan komen, wargamaya tidak sabar untuk mendapatkan produk terbaru daripada usahawan terbabit dan ada juga yang berseloroh mengatakan beg kuning ustaz kembali ghaib.
