Usahawan dan pempengaruh Kieda Crepe, menuai perhatian warganet apabila mengingatkan para peniaga atau usahawan muslim untuk melunaskan tanggungjawab membayar zakat.
Menerusi perkongsian di TikTok, Kieda bersyukur diberi rezeki membayar zakat dengan peningkatan jumlah yang sedikit tinggi berbanding tahun sebelumnya.
@kiedacrepepenang Alhamdulillah 🤍 @AMY KIEDA MERCHANDISE @Kiedacrepepenang2 @KiedaCrepeHouse ♬ suara asli – Sagala Musik
“Cakaplah apa pun, Kieda tetap nak buat yang terbaik untuk kehidupan ini.
“Alhamdulillah, untuk peningkatan angka zakat tahun ini. Syukur ya Allah,” tulis Kieda.
Dalam pada itu, Kieda sempat memberikan nasihat kepada para peniaga untuk membayar zakat dan memberitahu dia dan suami akan ke Makkah untuk menunaikan ibadah umrah.
“Yang belum bayar zakat, boleh bayar zakat siap-siap, jangan asyik kecam orang sahaja.
“Selesai tahun 2024, 2025 kita target lain. Terima kasih yang mana selalu sokong saya daripada saya tiada apa hingga kedai kecil sampai banyak kedai, terima kasih saya ucapkan.
“Andai kata saya banyak kekurangan, saya minta ampun. Esok saya dan suami akan bergerak untuk menunaikan umrah, mohon doakan kami selamat pergi dan balik. Saya juga akan mendoakan anda semua, semoha Allah izinkan untuk ke tanah suci, Insya-Allah,” jelas Kieda lagi.
Bukan itu sahaja, Kieda juga menzahirkan rasa syukur kerana berjaya melalui segala cabaran pada tahun ini dan berjanji untuk berusaha lebih lagi pada tahun hadapan.
“Terima kasih untuk tahun 2024.
“Banyak mengajar saya tentang suka, duka, dan sabar untuk saya hadapi kehidupan saya. Alhamdulillah Allah izinkan untuk sampai ke titik penamat. Allah izinkan 2025 kita usaha lagi,” ucap Kieda.
Semoga dipermudahkan urusan Keida dan Amy pergi dan balik. Doakan saya dan keluarga dapat menjejak kaki ke tanah suci jugak🤲



Meninjau ke ruangan komen, warganet sebak melihat video yang dikongsikan oleh usahawan itu dan mendoakan agar perjalanan Kieda dan suami dipermudahkan oleh Allah selamat pergi dan pulang.
