fbp
- Advertisements -
WeirdKaya BM

Bayar RM400,000 Zakat & Cukai, Peniaga Kek Tapak Kuda Gembira Dapat Bantu Golongan Memerlukan

Terima kasih orang baik.
Home > WeirdKaya BM > Bayar RM400,000 Zakat & Cukai, Peniaga Kek Tapak Kuda Gembira Dapat Bantu Golongan Memerlukan

Usahawan kek tapak kuda Auni Aufiyah, menjadi tumpuan warganet kerana berkongsi video membayar zakat hasil perniagaannya.

@ownerdapuraazra Tahun 2024 total zakat dn cukai 400k Allahuakbar.. Alhamdulillah atas izin Allah selesai zakat 100k untk negeri Sabah Negeri kelahiranku, semoga dgn zakat ini dpt sedikit membantu kpda yg memerlukan.. 150k untk Negeri Perak. Harini trbang balik Hari tgl adik skjp.. Trm ksih atas sokongan korang smua.. smga Allah limpahkan rezeki korang yg mana sapot auni slma ni.. Auni share nilai diatas tdk ada rasa riak atau nk menunjuk, smua ni berkat hasil sokongan korang smua.. auni hnya sbgai pemegang amanah yg menunaikan tjwp kpda Agama dan Negara.. @Tapakkuda Aazra #tapakkudaauni #ownerdapurazra ♬ Thank You Allah – Maher Zain

Menerusi perkongsian di TikTok, memaparkan Auni bersama suami terbang ke negeri Sabah bagi menunaikan tanggungjawab mereka untuk membayar zakat di Majlis Ugama Islam.

- Advertisements -

“Tahun 2024 total zakat dan cukai 400K.

“Alhamdulillah, atas izin Allah selesai zakat 100K untuk negeri Sabah negeri kelahiranku. Semoga zakat ini dapat sedikit sebanyak membantu kepada mereka yang memerlukan,” jelas Auni.

Dalam pada itu, Auni juga menjelaskan dia membayar zakat RM150K untuk negeri Perak dan memberitahu tujuan perkongsian tersebut dibuat bukan untuk menunjuk-menunjuk tetapi sebagai bukti melunaskan tanggungjawab sebagai seorang muslim.

“150K untuk negeri Perak. Hari ini terbang balik hari tinggal adik sekejap.

“Terima kasih atas sokongan anda semua. Semoga Allah limpahkan rezeki kalian yang menyokong Auni selama ini.

“Auni kongsi nilai di atas tidak ada rasa untuk riak atau nak menunjuk, semua ini berkat hasil sokongan kalian semua. Auni hanya pemegang amanah yang menunaikan tanggungjawab kepada agama dan negara,” tulis Auni lagi.

Alhamdullah. Terima kasih orang baik moga Allah permudahkan urusan niaga Auni.

Meninjau ke ruangan komen, warganet bersyukur melihat anak Melayu Islam berjaya dalam perniagaan dan mendoakan agar Auni terus dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah.


We are hiring writers!
We are hiring writers!