Pengasas tudung Bawal Exclusive, Haliza Maysuri berkongsi pengalaman terkena sihir buatan orang semenjak perniagaannya semakin maju.

Menerusi hantaran di TikTok, Haliza memaklumkan bahawa dia sering dinasihatkan untuk tidak tampil di media sosial dan mengakui perkara sebegitu bukan kali pertama terjadi.
“Puan Haliza, jangan selalu post gambar atau video Nanti kena penyakit ain. Jangan live sangat, nanti kena sihir.
“Saya dah biasa dengar. Tapi saya nak beritahu satu perkara. Sejak mula berniaga, bukan saja ain, sihir pun saya dah lalui,” kata Heliza di TikTok, semalam.
Dalam pada itu, beliau mendedahkan rumahnya sering kali menerima gangguan sihir seperti kemunculan binantang berbisa.
“Ular hitam berkali2 masuk rumah. Lipan bara merayap dalam bilik.
“Tanah kubur bertabur depan butik. Air berbau kapur barus basahi pintu kedai saya. Busung. Mimpi ngeri. Sakit yang tak dapat dikesan doktor.
“Bertahun saya terlantar. Pengsan dengan tiba-tiba bagai ada tenanga yg begitu kuat menolok tubuh saya,sering kali berlaku malah sampai ke hari ini,” ujarnya.
Ibu kepada dua cahaya mata ini, menegaskan bahawa tidak takut dengan perkaran syirik sebegitu dan lebih mempercayai tuhan dalam mengatur segala yang terhadi di muka bumi ini.

“Jadi saya tak takut. Bukan sebab saya kuat, tapi sebab saya yakin setiap ujian datang dengan hikmah. Bila kita mampu lepasi ujian itu di situlah letaknya nilai kejayaan sebenar.
“Prinsip saya mudah. Orang berjaya bukan yang banyak hartanya. Bukan juga yang besar namanya. Tapi yang mampu melepasi ujian demi ujian dengan hati yang tetap bersandar pada Tuhan,” jelasnya.
Usahawan itu turut mendakwa sihir yang dihantar bertujuan untuk menutup periuk nasinya daripada terus berniaga.
“Bila orang suruh kita diam, itu sebenarnya seperti tutup periuk nasi sendiri.
“Kadang sihir pun dihantar supaya kita berhenti meniaga. Akhirnya kita sendiri yang tutup perniagaan kita kerana takut.
“Saya pilih untuk terus berniaga. Terus berjuang. Dengan izin Allah dan saya tak pernah berhenti berdoa agar saya dan sesiapa yang sedang diuji seperti saya.
terus kuat dan terus berniaga. Kerana Sembilan daripada sepuluh bahagian rezeki adalah melalui perniagaan,” tambahnya lagi.
Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih 327,000 tontonan dan meraih lebih 10,000 tanda suka.
Sumber: TikTok Haliza Maysuri
