Kasih sayang seorang bapa sukar digambarkan melalui perasaan tetapi dapat dilihat melalui tidakannya, cuba memberi yang terbaik demi kebahagiaan anak-anak.
Bapa suap anak sempena hari lahir
@linnlynnshop Ayah adalah lelaki pertama yang mengajar erti tanggungjawab, pengorbanan dan kasih sayang. Nampak tenang dari luaran tapi isi dalamnya anak anak tak mengerti. Semoga sihat selalu ABAH
♬ original sound – GENDIS🐝
Tular di media sosial, perkongsian seorang anak menyambut hari lahir bapanya dengan mengumpulkan kesemua adik beradik berjaya mengundang sebak dalam kalangan netizen.

Dalam hantaran itu memaparkan seorang bapa menyuapkan sepotong kek kepada semua anaknya dan hampir semua daripada mereka menitiskan air mata kerana tidak mampu menahan sedih membayangkan pengorbanan bapanya.
“Ayah adalah lelaki pertama yang mengajar erti tanggungjawab, pengorbanan dan kasih sayang.
“Nampak tenang dari luaran tapi isi dalamnya anak-anak tak mengerti. Semoga sihat selalu Abah,” kata salah seorang anak yang dikenali sebagai Linn, baru-baru ini.

Meninjau ke ruangan komen, warganet tidak dapat menahan rasa sedih dan mendoakan agar hubungan keluarga itu sentiasa bahagia buat selamanya.
Malah ada juga wargamaya yang meluahkan rasa rindu kerana tiada lagi kasih sayang ibu dan bapa dan mendoakan agar mereka berdua berbahagia dan diberi peluang berjumpa di syurga nanti.
Banyak air mata keluar

Rindu arwah ayah

Sihat selalu ayah

Artikel lain: Ibu Rela Datang Dari Jauh, Sambut Hari Jadi Anak Hingga Ke Tempat Kerja – “Hargai Selagi Ada”
Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima lebih 520,000 tontonan dan lebih 39,000 tanda suka.
Sumber: TikTok Linn Lynn
