fbp
WeirdKaya BM

Kongsi Momen Makan Bersama, Balu Abam Terbuka Dedah Wajah Kekasih – “Allah Beri Muka Seiras Arwah”

Balu kepada Allahyarham Abam Bocey iaitu Siti Norhidayah Mohd Ali, 33, menuai perhatian ramai setelah berkongsi momen makan bersama kekasih baharunya, Amsyar Salim di TikTok.

Wajah seiras arwah Abam

Wajah seiras arwah Abam

Menerusi perkongsian itu, Hidayah sempat meluahkan rasa syukur kerana dipertemukan dengan pengganti baharu yang juga mempunyai wajah seiras seperti arwah suaminya.

@hidayah_hamzah Terima kasihhh ❤️#kitabaikramaisayang ♬ original sound – トワン・カシャ🇲🇾
Ramai cakap muka iras arwah. Allah ambil dia tapi Allah beri muka seakan sama macam arwah. Hebat perancangannya,” kata Hidayah di TikTok, semalam.

Menjengah ke ruangan komen, warganet memberikan kata-kata semangat buat ibu tunggal tersebut dan tidak menafikan bahawa Hidayah juga berhak untuk bahagia.

Malah ada juga wargamaya yang terkejut melihat wajah kekasihnya saling tidak tumpah seperti arwah Abam dan mendoakan agar hubungan mereka dipermudahkan.

Muka arwah

Dayah berhak bahagia

Hidup perlu diteruskan

Artikel lain: Mira Filzah Nafi Dakwaan Anak Tak Cukup Makan, Kurus Ikut Genetik Bapa

Sebelum ini, Hidayah memaklumkan bahawa dia dan Amsyar merancang untuk mendirikan rumah tangga sama ada pada tahun hadapan atau pada 2027, memandangkan mereka kini masih dalam fasa mengenali hati budi.

Untuk rekod, Hidayah mendirikan rumah tangga dengan Allahyarham Abam pada 8 Disember 2017.

Sumber: TikTok Hidayah Hamzah


We are hiring writers!
We are hiring writers!

Home > WeirdKaya BM > Kongsi Momen Makan Bersama, Balu Abam Terbuka Dedah Wajah Kekasih – “Allah Beri Muka Seiras Arwah”