fbp
- Advertisements -
WeirdKaya BM

Asbab Kuasa Viral, Biskut Raya Air Tangan Banduan Penjara Kajang Habis Terjual

Terima kasih
Home > WeirdKaya BM > Asbab Kuasa Viral, Biskut Raya Air Tangan Banduan Penjara Kajang Habis Terjual

Tular di media sosial, seorang wanita memuat naik satu hantaran memberitahu biskut raya yang dibuat oleh banduan di penjara kajang kini habis terjual.

Menerusi hantaran di TikTok @ Si Siti, memaparkan seorang pegawai penjara menunjukkan notis pemberitahuan operasi penjualan biskut raya di penjara Kajang diberhentikan buat sementara waktu bagi memberi laluan kepada proses penambahan stok.

- Advertisements -

“Alang-alang nak balik Johor singgah Kajang tapi dah habis pula,” tulis Siti.

Susulan daripada itu, orang awam boleh mendapatkan sebarang makluman lanjut melalui media sosial rasmi mereka iaitu di FB Galeri Produk My Pride dan TikTok galerivi (penjara).

Dalam pada itu, warganet juga mengucapkan terima kasih kepada pempengaruh yang mesra dikenali sebagai Tun Laila kerana sering mempromosikan produk buatan banduan sehingga viral dan laris terjual.

Bak kata Tun Laila. Kalau biskut raya laku diaorang dapat makan sedap sikit, sama-sama merasa. Mudah-mudahan esok keluar boleh buka usaha sendiri dan bagi manfaat untuk orang lain.

Meninjau ke ruangan komen, warganet bersyukur melihat produk yang dibuat oleh banduan mendapat sambutan dan ada juga yang menzahirkan rasa sebak membayangkan perasaan gembira para banduan apabila mengetahui produk mereka laris terjual.

Sumber: TT Si Siti


We are hiring writers!
We are hiring writers!